Sabtu, 19 Oktober 2019

Cara Mudah Rawat Sihir

Assalaamualaikum wr wt semua. 

Malam tadi ada satu keluarga dtg utk berbomoh dgn ayah aji.
.....

Kejap tadi, ayah aji makan pagi, dekat rumah.

Jumpa sorg ustaz hafiz. Utk Hafizah.

Di kupiah dia ada gambar selipar.

Ayah aji minta duduk bersama. Dia beri. Handsome org nya.

Dalam hati, macamana nak tabligh dia.

....

Lalu ayah aji bertanya : ustaz tinggal di mana?

Ust: di flat dekat.

Ayah aji : ngajar di mana?

Ust : saya ada madrasah Hafizah di Denai Alam.

Ayah aji : saya dan anak2 saya pun ada madrasah Hafizah dan Hafiz di sini.

Ust : ustaz dah pencen ke?

Ayah aji : Tak, saya ngajar tafsir di madrasah saya di Pinggiran Subang.

Ayah aji : Mlm tadi ada satu keluarga dtg ke madrasah saya, minta saya bomoh jin.

Ust : ya lah ramai sekarang.

Dah masuk dah dia dlm usaha ayah aji nak tabligh pd nya.

......

Ayah aji : Saya tanya pesakit, apa bomoh kata.

Pesakit : Ada rasukan jin.

Ayah aji : Macamana dia tahu awak di rasuk hantu?

Pesakit : terpesir.

Ayah aji : dia bohong. Mana bolih dia tahu ada jin. Dia nampak ke?

Pesakit : terpesir.

Ust : terpesir juga mendengar.
.... 

Ayah aji : Surah jin ayat 1, Nabi saw tak tahu pun jin dtg dengar nabi saw baca Quran, melainkan nabi kita saw dpt wahyu.

Baca lagi surah Al A'Raf bahwa jin2 bolih tengok kita dan kita tak bolih tengok mrk.

Kecuali jin2 menjelma menjadi manusia atau binatang2, maka bolih lah kita tengok, tangkap atau bunuh.

Terpesir ust itu.

....Balik pd pesakit.

Ayah aji : saya tanya pesakit supaya baca kalimah syahadah. Pesakit jadi tercekik, menangis dia.

Saya suruh dia stop.

Saya fokus pd abang dan emak nya. Saya tanya kalimah syahadah pd mrk.

Mrk jawab dengan longgar tafsir nya.

Kemudian saya ajar pd mrk kalimah syahadah.

Kemudian fokus pd emak nya.

....

Siapa kah yg ada masalah ini. Kak atau anak kak?

Kak itu jawab, anak nya.

Saya kata, anak kak tak ada masalah krn dia dah di rasuk, akal nya sudah celaru.

Yg ada masalah ialah org yg sayang pd pesakit. Emak nya, ayah nya, adik beradik nya, suami nya, isteri nya dll.

Kak lah yg ada masalah. 

Jika kak ada masalah, apa patut kak buat?

Masalah bolih di selesai dgn berdoa.

..... 

Terpesir emak pesakit itu.
Terpesir ust itu.

Drp hadis2 nabi saw.

1. Baca ayat Qursi sebelum tidur akan selamat drp gangguan jin sampai dia sedar.

2. Baca Al Baqarah di rumah, menghalang jin drp masuk rumah.

3. Baca laailaahaillallah wahdahu laasyarikalah, lahulmulk, walahulhamdu yuhyi wayumii tuwahua ala kulli syai in qadir 

Baca 10x atau 100x selepas solat subuh, Allah swt akan beri pasukan malaikat2 utk halang mana2 jin mengganggu org itu sampai ke ptg.

Sekiranya dia baca selepas maghrib, juga di beri pasukan utk hindar jin sampai ke pagi.

4. Baca bismillahirrahmannirrahim tatkala tutup pintu rumah, akan mengeluarkan semua jin yg ada dlm rumah.

Tengok pd Hadis2 ini, ini hadis2 menghindar sorg itu drp di hampiri jin/hantu.

Bukan mengeluarkan jin/hantu bagi sesiapa yg di rasuk.

Tak ada mana2 hadis yg kata baca itu ini, jin/hantu akan 'lari.'

Ini ajaran sesat drp guru2 rusak akidah yg dpt berita baca itu ini drp khadam2 ayat, wali2, malaikat2 yg mrk baca semasa baca wirid2 bidaah.

Ini penipuan drp jin pd guru2 begini. Guru2 ini pula sangka mrk dpt berita itu drp wali2 dah mati, nabi2 as dah mati, malaikat2, sedangkan semua itu adalah syaitan yg ngajar.

Org yg di rasuk hantu /jin pun sama.

Mrk ada buat syirik2 atau bidaah2, maka jin2 pun tahu inilah sahabat mrk.

....

Macamana jin2 itu tahu. Mrk tak tahu apa dlm hati manusia. Malaikat2 pun tak tahu hati manusia. Apa lagi manusia bolih tahu hati manusia.

Drp hadis dan ayat2 Quran, Allah swt memberi malaikat2 hafazah utk jaga org beriman drp jin2 /setan2/hantu2.

Bila saja sorg itu buat syirik dan bidaah mungkar, iman terbatal.

Malaikat2 pun lari.

Jin2/hantu2/setan2 pun tahu. Wah kita dah jumpa member kita.

.... 

Bila saja salah sorg dlm rumah berdoa pd Allah swt utk mencari jalan benar.. Ihdinas sirotalmustakim.

Jin2 /hantu2 /setan2 pun tercabut drp menggoda org itu.

Jin2 bimbang keadaan ini akan berjangkit pd org2 lain dlm rumah itu.

Maka jin2 pun rasuk salah sorg drp penghuni rumah, utk sesatkan penghuni itu semula. 

Maka jadilah rasukan. Supaya keluarga itu akan cari bomoh2 sesat, utk ubati org yg di rasuk.

Bomoh pun dtg dgn berbagai jenis penampilan. Ada rukyah islam lah, rukyah syifa lah dan bagai.

Di ajar semasa berbomoh itu akidah2 sesat lain.

1. Jin ada atas belakang.
2. Jin takut pd limau, cili, lada hitam, beras kunyit, air tawar, keris keramat, geliga, garam dll.

2. Kena sembelih ayam hitam, kambing dll utk pujuk jin keluar.

3. Kena dakwah pd jin supaya masuk islam.

4. Pakai itu ini dll.

Mrk pun percaya akidah sesat ini.

Maka kufur lah keluarga itu dan sesiapa lain yg percaya.

Setan sudah berjaya sesatkan semula keluarga itu.

Hantu/jin pun pura2, berlakun, macam dia takut pd ayat2, air tawar, garam, serbuk lada hitam dll.

Dia pun 'keluar' sambil bertepuk tangan krn berjaya sesatkan keluarga itu.

....

Ingat!!!

Ayat2 yg di baca olih org kufur tak laku.

Baca ayat2 yg di bidaah kan pd perbomohan yg bukan drp ajaran Nabi saw adalah sia2, tak di terima Allah.

Tapi semua org jadi keliru juga sebab baca ayat2 Quran atau zikir.

Takkan salah.

Memang salah.

....

Lalu ayah aji ajar pd emak pesakit itu cara2 berdoa. Sebab cara2 nak halau hantu Nabi saw tak ajar. Tapi Nabi saw ada ajar cara2 berdoa. 

1. Minta ampun drp syirik2 dan bidaah2 mungkar yg telah buat. Dosa2 lain yg telah buat.

2. Puja puji Allah swt.

3. Minta selamat drp neraka dan masuk syurga.

4. Minta hajat kak utk anak kak. Tapi ingat, jgn pula kak ajar Allah cara2 halau hantu. Dia kan Tuhan. Dia dah tahu hajat kak, nun jauh dlm lubuk hati.

5. Berharap Allah swt memakbulkan doa.

......

Ayah aji pun suruh emak nya berdoa terus pd Allah swt. Sebab doa ibu makbul.

Ayah aji tak suruh dia solat hajat. Tak suruh ambil wuduk. Tapi berdoa drp ketulusan hati pd Allah Pencipta kita.

Dia pun berdoa. Panjang doa nya. Ayah aji hanya aminkan doa nya, yg ayah aji tak dengar pun.

Pesakit mula gelisah, mula nak rebah.

Ayah aji isyarat supaya teruskan berdoa.

Anak nya mula tenteram walaupun sebelum habis berdoa. 
...

Selepas berdoa ayah aji tanya emak nya. Apa yg berlaku semasa kak berdoa tadi.

Dia jawab, hati macam nak pecah. Takut sungguh pd Allah swt dan sgt2 berharap Allah makbulkan.

Ayah aji kata insya Allah, doa kak akan di makbulkan.

Ayah aji berpaling pd anak nya. Rupa anak nya dah berubah jadi merah. Sebelum nya pucat.

Berita pagi ni, anak perempuannya dah hampir pulih saperti sedia kala.

Tak ada nampak lembaga2 lagi.

Ayah aji tak baca apa2. Tak buat air tawar. Tepuk2 belakang. Tarik2. Macam Geng bomoh.

Semoga sdr2 yg membaca, dpt ajar pd org2 ramai.

Sabtu, 12 Oktober 2019

Isbal

بسم الله الرحمن الرحيم

BAHAYA LELAKI YANG MELABUHKAN KAIN
-----------------------------------------------------------------
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu’anhu,

Bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, "Allah tidak akan memandang (dengan pandangan rahmat) pada hari kiamat kelak kepada orang (lelaki) yang melabuhkan kainnya (melebihi buku lali) kerana sombong (dari mengikut sunnah Nabi)". Diriwayatkan oleh Bukhori, Muslim dan Muwatok.

Dalam riwayat Muslim: Bahawa Abu Hurairah melihat seorang lelaki yang melabuhkan kainnya, lalu dia menghentakkan kakinya ke bumi. Dan dia berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak akan melihat kepada orang yang melabuhkan kainnya kerana sombong".
-----------------------------------------------------------------
Rujukan:
¹. Bukhori No. 5342
². Muslim No. 3893
³. Muwatok No. 1424

Status: Sahih

Keterangan:
Dalam hadis lain, Nabi ﷺ sendiri mengarahkan sahabat agar memakai kain di aras betis dan melarang dari melabuhkan kain melebihi buku lali (sila rujuk HR Tirmidzi No. 1705). Oleh kerana itu, orang sombong yang dimaksudkan di sini ialah orang yang sombong (enggan) mengikut sunnah Nabi ﷺ.

Rabu, 9 Oktober 2019

Status surah Yasin hati Al Quran

STATUS SURAH YASIN HATI AL-QURAN

Membaca Surah Yasin, seperti mana membaca 113 surah lain yang terkandung di dalam Al-Quran, akan memberi ganjaran pahala yang besar kepada pembacanya. Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam Al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”. [Riwayat al-Tirmizi, no. hadith 2835]

Surah Yasin Hati Al-Quran

Daripada Anas bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إنَّ لِكُلِّ شيءٍ قَلْبًا ، وَإنَّ قَلْبَ الْقُرْآنِ ( يس ) ، مَنْ قَرَأَهَا فَكَأنَّما قَرَأَ القُرْآنَ عَشرَ مَرَّاتٍ
Maksudnya: “Setiap sesuatu itu mempunyai hati, dan sesungguhnya hati al-Quran adalah surah Yasin. Barangsiapa yang membacanya maka pahalanya seumpama membaca sepuluh kali al-Quran”.  [Riwayat al-Tirmizi, kitab keutamaan al-Quran, bab keutamaan surah Yasin, no. hadith 2812 dan riwayat al-Darimi, kitab keutamaan al-Quran, bab keutamaan surah Yasin, no. hadith 3282]

Hukum hadith

Imam al-Tirmizi mengatakan bahawa hadith ini #gharib. [Lihat: Sunan al-Tirmizi, no. hadith 2812]

Imam al-Mizzi dan Imam al-Zaila’iy menaqalkan pendapat al-Tirmizi yang menyatakan salah seorang daripada perawi di dalam hadith ini adalah majhul iaitu Harun Abu Muhammad. Selain itu, al-Hafiz Ibn Hajar juga berpendapat sedemikian.

Imam Ibn Kathir menyatakan #TIDAK #SAHIH disebabkan SANADNYA #DHAIF (lemah)

Daripada Ubaiy bin Ka’ab, dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَرَأَ يَس يُرِيدُ بِهَا اللهَ ؛ غَفَرَ اللهُ لهُ ، وأُعْطِيَ مِن الأَجْرِ كَأنَّما قَرَأَ القُرآنَ اثْنَتَي عَشرَةَ مرَّةٍ . وأيُّما مَرِيضٍ قُرِئَ عِنْدَه سُورَةُ يس ؛ نَزَلَ عَلَيهِ بِعَدَدِ كُلِّ حَرْفٍ عَشرةُ أَمْلَاكٍ ، يَقُومُونَ بَيْنَ يَدَيْهِ صُفُوفًا ؛ فَيُصَلُّونَ ويَسْتَغْفِرُونَ لهُ ، وَيَشْهَدُونَ قَبْضَهُ وَغَسلَهُ ، وَيتَّبِعُونَ جَنَازَتَهُ ويُصَلُّونَ عَلَيهِ ، ويَشْهَدُونَ دَفنَهُ . وأيُّما مَرِيضٍ قَرَأَ سُورَةَ يس وَهُوُ فِيْ سَكَرَاتِ الموتِ ؛ لَمْ يَقبِضْ مَلكُ الموتِ رُوحَهُ حَتَّى يَجيئَهُ رِضْوَانُ خازِنُ الجنَانِ بِشَربَةٍ مِنَ الجنَّةِ ؛ فَيَشْربُها وَهُوَ عَلَى فِرَاشِهِ ، فَيَمُوتُ وَهُوَ رَيَّانُ ، وَلَا يَحْتَاجُ إِلَى حَوْضٍ مِنْ حِيَاضِ الأَنْبِيَاءِ ؛ حَتَّى يَدْخُلَ الَجنَّةَ وَهُوَ رَيَّانُ
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca surah Yasin kerana Allah SWT akan diampunkan oleh Allah SWT akan dosanya, akan diberi ganjaran pahala seperti membaca al-Quran sebanyak 12 kali. Begitu juga, apabila dibacakan surah Yasin pada orang yang sakit, akan turun kepadanya setiap satu huruf sepuluh orang malaikat yang akan berdiri di sisinya dalam keadaan berbaris dan para malaikat tersebut akan selawat dan beristighfar kepadanya serta menyaksikan ketika nyawanya diambil dan akan memandikannya. Tambahan pula, akan mengikut jenazahnya serta sembahnyang ke atasnya dan menyaksikannya ketika ditanam. Selain itu juga, apabila dibacakan surah Yasin ke atas orang yang sakit ketika dalam keadaan sakaratul maut tidak akan diambil nyawanya oleh malaikat maut sehingga datang malaikat Ridhuan iaitu penjaga syurga dengan membawa minuman daripada syurga maka orang tersebut akan meminumnya ketika berada di atas katil maka dia pun meninggal dalam keadaan tenang dan orang tersebut tidak mengharapkan lagi telaga daripada telaga nabi-nabi sehingga dimasukkan ke dalam syurga dalam keadaan tenang (bahagia)”.

Hukum hadith

Syeikh al-Albani menghukum hadith tersebut adalah #PALSU. [Lihat: al-Silsilah al-Dhaifah, no. hadith 4636]

Dikatakan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

“Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yasin dan rakaat kedua surah al-Mulk. Allah SWT jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima buku amalannya di tangan kanannya dan diberi kesempatan untuk membela 70 orang daripada ahli keluarganya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik”.

Hukum hadith

Kami TIDAK MENJUMPAI ASALNYA. Ini kerana, asal di dalam ibadat adalah tawaqquf (terhenti) sehingga adanya dalil yang menceritakan akan hal tersebut.

Tarjih

Setelah melihat terhadap hadith-hadith yang menceritakan akan kelebihan surah Yasin ini, maka kami cenderung untuk mengatakan bahawa KEBANYAKAN HADITH YANG MENCERITAKAN AKAN KELEBIHAN SURAH YASIN ADALAH DHAIF (LEMAH) ATAU PALSU. Walaupun begitu, kita sangat digalakkan dan dituntut untuk sentiasa melazimi dan membaca al-Quran tidak kira masa atau tempat, berdasarkan dalil umum yang terdapat di dalam al-Quran dan juga di dalam al-Sunnah al-Sahihah.

Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita orang yang cintakan al-Quran serta memberi kita kefahaman di dalam agama ini dan memelihara lidah kita daripada melakukan kesalahan dalam menyampaikan hadith Nabi SAW. Aamiin

baca selanjutnya : https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/1150-irsyad-al-hadith-siri-ke-58-kelebihan-membaca-dan-surah

Khamis, 3 Oktober 2019

Riak penghancur amalan

Riak merupakan bencana buruk bagi seseorang dan menghilangkan pahala amalan dengan menjadikannya hancur lebur. Para ulama sangat takut dan tidak sanggup menghadapinya, apatah lagi orang awam.

Daripada Mahmud bin Labid, katanya, Rasulullah ﷺ bersabda :

إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ قَالَ الرِّيَاءُ إِنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَقُولُ يَوْمَ تُجَازَى الْعِبَادُ بِأَعْمَالِهِمْ اذْهَبُوا إِلَى الَّذِينَ كُنْتُمْ تُرَاءُونَ بِأَعْمَالِكُمْ فِي الدُّنْيَا فَانْظُرُوا هَلْ تَجِدُونَ عِنْدَهُمْ جَزَاءً

"Sesungguhnya yang paling aku khuatirkan  kalian adalah syirik kecil." Mereka bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah itu syirik kecil?" Rasulullah menjawab: "Riyak." Allah 'Azza wajalla berfirman kepada mereka pada hari kiamat saat orang-orang diberi balasan atas amal-amal mereka: "Temuilah orang-orang yang dahulu kamu perlihat-lihatkan di dunia kemudian lihatlah apakah kalian menemukan balasan disisi mereka?"

(HR. Ahmad no. 22528. Syeikh Salim bin 'Ied al-Halili mengatakan hadith ini sahih)

Riak umpama jarum yang menusuk secara senyap dan dapat memesong hati seseorang walaupun pada awalnya niatnya ikhlas kerana Allah. Perbanyakkan istighfar dan bertaubat jija terkena bencana ini.

Sihir dengan Al Quran

SIHIR DENGAN AYAT QUR'AN

Definisi sihir secara ringkas.

~dari segi istilah - satu perbuatan menyakiti dan mempengaruhi fizikal dan mental seseorang yang melibatkan campurtangan jin dan syaitan.

~dari segi bahasa - sihir adalah memalingkan sesuatu dari hakikat yang sebenarnya kepada yang lainnya .

Ibnu Manzur berkata :

Seakan-akan tukang sihir memperlihatkan kebathilan dalam wujud kebenaran dan menggambarkan sesuatu tidak seperti hakikat yang sebenarnya.

Itu secara ringkas tentang definisi sihir.

Kita lihat pula beza antara SIHIR dengan MUKJIZAT.

➡MUKJIZAT

~Anugerah Allah kepada nabi dan Rasul.

~hanya berlaku pada nabi dan ketika nabi masih hidup sahaja.

~Tidak boleh dipelajari.

➡SIHIR

~Semua orang boleh belajar

~berlaku berulang kali

~Penyeruan terhadap jin dan syaitan.

Sihir adalah sesuatu yang bertentangan dengan mukjizat.

*APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SIHIR MENGGUNAKAN AYAT QURAN!?*

Secara ringkas, kita lihat dulu apa tujuan al qur'an diturunkan kepada manusia.

❇ *SEBAGAI PETUNJUK BAGI MANUSIA* .

وَنزلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ

Dan kami turunkan kepada mu, al kitab (al Quran ) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat bagi orang² yang berserah diri.

[Qs An Nahl : 89]

~melalui ayat di atas, dapat kita ketahui bahawa Allah swt turunkan al qur'an sebagai....

1⃣. Penjelasan kepada manusia dan jin (terutama tentang segala sesuatu yang berkaitan dengan Tauhid.)

2⃣. Petunjuk dan rahmat kepada golongan jin dan manusia (menunjukkan apa tujuan penciptaan jin dan manusia dan ia juga sebagai Rahmat dari Allah agar mereka tidak tersesat tanpa panduan yang benar).

Allah swt berfirman

ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ

-Sura Al-Baqarah, Ayah 2

- Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,

Itu sedikit di antara tujuan al qur'an diturunkan.

*SIHIR DENGAN AYAT AL QUR'AN BERLAKU APABILA....*

1⃣. *AYAT QUR'AN DIGUNAKAN BERTENTANGAN DENGAN TUJUAN UTAMA IA DITURUNKAN* .

*MAKA, SYAITAN AKAN MASUK CAMPUR DALAM PERBUATAN TERSEBUT DENGAN IZIN ALLAH.*

➡Kerana syaitan telah berjaya menyesatkan manusia menyalah gunakan Quran bukan pada tempatnya sekaligus telah menghina ayat suci al quran tanpa disedari.

➡Kerana manusia telah meletakkan pergantungannya kepada syaitan, maka Allah benarkan perkara ini berlaku sebagai 'istidraj' kepada si pelaku -[bila buat, jadi... maka keyakinannya dengan amal salah tersebut bertambah kuat]

➡Setiap amalan yang tidak ada contohnya dari al quran dan sunnah, maka Allah akan beri kepadanya syaitan yang semakin menyesatkannya dari jalan yang benar.

Dalilnya

(وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ * وَإِنَّهُمْ لَيَصُدُّونَهُمْ عَنِ السَّبِيلِ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ مُهْتَدُونَ)

[Surat Az-Zukhruf 36 - 37]

- Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.

- Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk.

*CONTOH-CONTOH AYAT QUR'AN DIJADIKAN SEBAGAI SIHIR.*

1⃣. dibaca ayat dari surat ali Imran : 31

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي .....

~Dengan tujuan menarik cinta seseorang terhadap nya.

~supaya suami cinta dan tidak pandang wanita lain.

~supaya orang belas kasihan kepadanya.

2⃣. Dibaca surat yasiin : 9

وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ

~dibaca dengan tujuan melindungi diri dari sekatan jalanraya, polis,jpj atau trafik.

~melindungi tanaman dari haiwan perosak seperti babi hutan atau monyet.

~melindungi rumah dari dimasuki pencuri .

3⃣. Bacaan surah-surah tertentu untuk mendapat kekebalan, seperti surat al fiil yang dibaca beberapa ribu kali beserta mentera tertentu agar dapat kekebalan.

4⃣. Bacaan yasiin 7 mubin yang banyak dipopularkan oleh ustaz² yang tidak amanah kepada agama dengan mereka-reka amalan bid'ah yang tidak ada petunjuk dari Allah dan Rasulullah saw.

~untuk mencari barang hilang

~memanggil pulang suami /isteri yang lari kerana ikut kekasih lain.

~membalas sihir yang dihantar oleh bomoh atau dukun.

Ini antara contoh sihir dengan menggunakan ayat quran.

Ayat-ayat al-quran tersebut dibaca dengan kaedah tertentu dan ritual tertentu malah ada kalanya dicampur aduk dengan mentera² tertentu dengan tujuan tertentu.

Yang kesemua tujuannya adalah menyelisihi tujuan utama untuk apa al qur'an diturunkan kepada manusia.

Semakin parah lagi apabila kaedah sihir ini dipopularkan oleh mereka yang memegang title "ustaz".

Orang awam semakin keliru kerana yang mengajarnya adalah "ustaz"...

Alasannya..."takkan lah ustaz buat benda salah..."

Itulah akibat tidak belajar tentang Tauhid tidak belajar al qur'an dan hadis.

Mereka mengikut hawa nafsu dan akalan mereka sahaja tanpa memikirkan akibat buruk yang melanda aqidah Tauhid mereka.

وَقَيَّضْنَا لَهُمْ قُرَنَاءَ فَزَيَّنُوا لَهُمْ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَحَقَّ عَلَيْهِمُ الْقَوْلُ فِي أُمَمٍ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِمْ مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ ۖ إِنَّهُمْ كَانُوا خَاسِرِينَ

-Sura Fussilat, Ayah 25

- Dan Kami tetapkan bagi mereka teman-teman yang menjadikan mereka memandang bagus apa yang ada di hadapan dan di belakang mereka dan tetaplah atas mereka keputusan azab pada umat-umat yang terdahulu sebelum mereka dari jinn dan manusia, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang merugi.

Wallahu a'lam.

#sihirdenganayatquran
#Beginilah_AlQuran_Mengajar_Kami

Rabu, 2 Oktober 2019

Doa Ini Pendek Tapi Sangat POWER!!!

Do'a Ini Pendek Tapi Sangat POWER!!!

‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ الۡعَافِيَۃَ

*Allahumma Inni As Aluka Al-'Aafiyah*.

Al-Abbas (R.A.) bapa saudara kepada Nabi (ﷺ) datang kepada Nabi (ﷺ) dan berkata : "Ya Rasulullah (ﷺ) ajarkanlah aku do'a," katanya.

Nabi (ﷺ) lalu berkata : "Wahai bapa saudara ku, bacalah :

‏أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ الۡعَافِيَۃَ

*Allahumma Inni As Aluka Al-'Aafiyah*.
(Ya Allah, aku memohon kepada MU 'aafiyah).

Sekarang apa yang *'Aafiyah* ???

" *Aafiyah* bermaksud :
*Untuk* menyelamatkan diri daripada sebarang kesusahan yang menimpa".

👉Untuk menjadi sihat, kita perlu berada di dalam *'Aafiyah*.

👉Untuk mempunyai wang yg cukup, kita haruslah berada di dalam *'Aafiyah*.

👉Untuk terus hidup sejahtera, kita seharusnya berada di dalam *'Aafiyah*.

👉Untuk mahukan anak2 kita di lindungi, kita perlu berada di dalam *'Aafiyah*.

👉Dan jika kita sudah diampuni dan tidak dihukum, kita berada dalam *'Aafiyah*.

Jadi, pada asasnya *'Aafiyah* itu bermaksud :
"Ya Allah, lindungilah aku daripada apa-apa kesakitan, kesusahan dan segala penderitaan".
Ini termasuk untuk di Dunia dan di Akhirat.

Al-Abbas (R.A.) berfikir tentang ini untuk seketika, dan kemudian dia datang kembali kepada Nabi (ﷺ) selepas beberapa hari lalu dia berkata:-

"Ya Rasulullah (ﷺ), do'a ini seolah-olah sedikit pendek. Saya mahu sesuatu yang lebih besar."

Nabi (ﷺ) lalu berkata : "Wahai bapa saudaraku yang dikasihi, mohonlah kepada Allah untuk *'Aafiyah*, maka anda tidak boleh diberi apa-apa yg lebih baik daripada *'Aafiyah*. Ia adalah satu do'a yang mudah namun terbaik."

Yang Benar adalah setiap yang bermakna dari apa yang anda katakan (pohon) ketika berdo'a.

"Ya Allah, aku memohon kepadaMU agar aku selamat daripada sebarang kesusahan, kesulitan, kesedihan, bahaya (musibah) dan janganlah *ENGKAU* menguji aku dan lain-lain yang berat."

Semua ini termasuk di dalam *Allahumma Inni As Aluka Al-'Aafiyah*
~ (Riyadh As Saliheen, Sunan At-Tirmidzi).

Nabi Muhammad (ﷺ) berkata : " *Sampaikanlah daripada aku, walaupun ia adalah satu ayat.*"

Semoga bermanfaat...

Kongsi untuk orang lain juga ya. Sebarkan semoga pahala terus mengalir buat bekalan kita kelak... Aamiin, Aamiin Yaa Robb Alamiin... 🤚🏻✋🏻

===

KHATMUL QALBI: PISAU VS BATU PENGASAH

 بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ KHATMUL QALBI: PISAU VS BATU PENGASAH Kali ini mari kita bersama tadabbur ayat berikut: Surah Al-Ba...