Khamis, 3 Oktober 2019

Sihir dengan Al Quran

SIHIR DENGAN AYAT QUR'AN

Definisi sihir secara ringkas.

~dari segi istilah - satu perbuatan menyakiti dan mempengaruhi fizikal dan mental seseorang yang melibatkan campurtangan jin dan syaitan.

~dari segi bahasa - sihir adalah memalingkan sesuatu dari hakikat yang sebenarnya kepada yang lainnya .

Ibnu Manzur berkata :

Seakan-akan tukang sihir memperlihatkan kebathilan dalam wujud kebenaran dan menggambarkan sesuatu tidak seperti hakikat yang sebenarnya.

Itu secara ringkas tentang definisi sihir.

Kita lihat pula beza antara SIHIR dengan MUKJIZAT.

➡MUKJIZAT

~Anugerah Allah kepada nabi dan Rasul.

~hanya berlaku pada nabi dan ketika nabi masih hidup sahaja.

~Tidak boleh dipelajari.

➡SIHIR

~Semua orang boleh belajar

~berlaku berulang kali

~Penyeruan terhadap jin dan syaitan.

Sihir adalah sesuatu yang bertentangan dengan mukjizat.

*APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN SIHIR MENGGUNAKAN AYAT QURAN!?*

Secara ringkas, kita lihat dulu apa tujuan al qur'an diturunkan kepada manusia.

❇ *SEBAGAI PETUNJUK BAGI MANUSIA* .

وَنزلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ

Dan kami turunkan kepada mu, al kitab (al Quran ) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat bagi orang² yang berserah diri.

[Qs An Nahl : 89]

~melalui ayat di atas, dapat kita ketahui bahawa Allah swt turunkan al qur'an sebagai....

1⃣. Penjelasan kepada manusia dan jin (terutama tentang segala sesuatu yang berkaitan dengan Tauhid.)

2⃣. Petunjuk dan rahmat kepada golongan jin dan manusia (menunjukkan apa tujuan penciptaan jin dan manusia dan ia juga sebagai Rahmat dari Allah agar mereka tidak tersesat tanpa panduan yang benar).

Allah swt berfirman

ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِلْمُتَّقِينَ

-Sura Al-Baqarah, Ayah 2

- Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa,

Itu sedikit di antara tujuan al qur'an diturunkan.

*SIHIR DENGAN AYAT AL QUR'AN BERLAKU APABILA....*

1⃣. *AYAT QUR'AN DIGUNAKAN BERTENTANGAN DENGAN TUJUAN UTAMA IA DITURUNKAN* .

*MAKA, SYAITAN AKAN MASUK CAMPUR DALAM PERBUATAN TERSEBUT DENGAN IZIN ALLAH.*

➡Kerana syaitan telah berjaya menyesatkan manusia menyalah gunakan Quran bukan pada tempatnya sekaligus telah menghina ayat suci al quran tanpa disedari.

➡Kerana manusia telah meletakkan pergantungannya kepada syaitan, maka Allah benarkan perkara ini berlaku sebagai 'istidraj' kepada si pelaku -[bila buat, jadi... maka keyakinannya dengan amal salah tersebut bertambah kuat]

➡Setiap amalan yang tidak ada contohnya dari al quran dan sunnah, maka Allah akan beri kepadanya syaitan yang semakin menyesatkannya dari jalan yang benar.

Dalilnya

(وَمَنْ يَعْشُ عَنْ ذِكْرِ الرَّحْمَٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ * وَإِنَّهُمْ لَيَصُدُّونَهُمْ عَنِ السَّبِيلِ وَيَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ مُهْتَدُونَ)

[Surat Az-Zukhruf 36 - 37]

- Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Quran), kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.

- Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk.

*CONTOH-CONTOH AYAT QUR'AN DIJADIKAN SEBAGAI SIHIR.*

1⃣. dibaca ayat dari surat ali Imran : 31

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي .....

~Dengan tujuan menarik cinta seseorang terhadap nya.

~supaya suami cinta dan tidak pandang wanita lain.

~supaya orang belas kasihan kepadanya.

2⃣. Dibaca surat yasiin : 9

وَجَعَلْنَا مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ

~dibaca dengan tujuan melindungi diri dari sekatan jalanraya, polis,jpj atau trafik.

~melindungi tanaman dari haiwan perosak seperti babi hutan atau monyet.

~melindungi rumah dari dimasuki pencuri .

3⃣. Bacaan surah-surah tertentu untuk mendapat kekebalan, seperti surat al fiil yang dibaca beberapa ribu kali beserta mentera tertentu agar dapat kekebalan.

4⃣. Bacaan yasiin 7 mubin yang banyak dipopularkan oleh ustaz² yang tidak amanah kepada agama dengan mereka-reka amalan bid'ah yang tidak ada petunjuk dari Allah dan Rasulullah saw.

~untuk mencari barang hilang

~memanggil pulang suami /isteri yang lari kerana ikut kekasih lain.

~membalas sihir yang dihantar oleh bomoh atau dukun.

Ini antara contoh sihir dengan menggunakan ayat quran.

Ayat-ayat al-quran tersebut dibaca dengan kaedah tertentu dan ritual tertentu malah ada kalanya dicampur aduk dengan mentera² tertentu dengan tujuan tertentu.

Yang kesemua tujuannya adalah menyelisihi tujuan utama untuk apa al qur'an diturunkan kepada manusia.

Semakin parah lagi apabila kaedah sihir ini dipopularkan oleh mereka yang memegang title "ustaz".

Orang awam semakin keliru kerana yang mengajarnya adalah "ustaz"...

Alasannya..."takkan lah ustaz buat benda salah..."

Itulah akibat tidak belajar tentang Tauhid tidak belajar al qur'an dan hadis.

Mereka mengikut hawa nafsu dan akalan mereka sahaja tanpa memikirkan akibat buruk yang melanda aqidah Tauhid mereka.

وَقَيَّضْنَا لَهُمْ قُرَنَاءَ فَزَيَّنُوا لَهُمْ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَحَقَّ عَلَيْهِمُ الْقَوْلُ فِي أُمَمٍ قَدْ خَلَتْ مِنْ قَبْلِهِمْ مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنْسِ ۖ إِنَّهُمْ كَانُوا خَاسِرِينَ

-Sura Fussilat, Ayah 25

- Dan Kami tetapkan bagi mereka teman-teman yang menjadikan mereka memandang bagus apa yang ada di hadapan dan di belakang mereka dan tetaplah atas mereka keputusan azab pada umat-umat yang terdahulu sebelum mereka dari jinn dan manusia, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang merugi.

Wallahu a'lam.

#sihirdenganayatquran
#Beginilah_AlQuran_Mengajar_Kami

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KHATMUL QALBI: PISAU VS BATU PENGASAH

 بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ KHATMUL QALBI: PISAU VS BATU PENGASAH Kali ini mari kita bersama tadabbur ayat berikut: Surah Al-Ba...