Sabtu, 12 Oktober 2019

Isbal

بسم الله الرحمن الرحيم

BAHAYA LELAKI YANG MELABUHKAN KAIN
-----------------------------------------------------------------
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu’anhu,

Bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, "Allah tidak akan memandang (dengan pandangan rahmat) pada hari kiamat kelak kepada orang (lelaki) yang melabuhkan kainnya (melebihi buku lali) kerana sombong (dari mengikut sunnah Nabi)". Diriwayatkan oleh Bukhori, Muslim dan Muwatok.

Dalam riwayat Muslim: Bahawa Abu Hurairah melihat seorang lelaki yang melabuhkan kainnya, lalu dia menghentakkan kakinya ke bumi. Dan dia berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak akan melihat kepada orang yang melabuhkan kainnya kerana sombong".
-----------------------------------------------------------------
Rujukan:
¹. Bukhori No. 5342
². Muslim No. 3893
³. Muwatok No. 1424

Status: Sahih

Keterangan:
Dalam hadis lain, Nabi ﷺ sendiri mengarahkan sahabat agar memakai kain di aras betis dan melarang dari melabuhkan kain melebihi buku lali (sila rujuk HR Tirmidzi No. 1705). Oleh kerana itu, orang sombong yang dimaksudkan di sini ialah orang yang sombong (enggan) mengikut sunnah Nabi ﷺ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KHATMUL QALBI: PISAU VS BATU PENGASAH

 بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ KHATMUL QALBI: PISAU VS BATU PENGASAH Kali ini mari kita bersama tadabbur ayat berikut: Surah Al-Ba...