3 "Ta" yg perlu diberi perhatian jika mahu menghayati maksud alQuran.
Dlm kita berinteraksi dgn alQuran, secara ringkasnya, ada 3 langkah secara bertertib yg perlu kita ikuti.
1. TALAQQI - yakni berguru, sebaik²nya secara berhadapan. Guru yg dimaksudkan itu mestilah yg layak mengajar, yakni ada sanad sah yg menunjukkan beliau telahpun belajar dahulu keseluruhanAlQur'an itu sehingga khatam. Ini asas dlm usaha utk memahami maksud alQuran secara menyeluruh.
2. TADABBUR - yakni sentiasa memerhatikan maksud alQuran, baik secara sendirian, atau bermuzakarah. Ini utk memantapkan lg kefahaman kita. Teruslah beramal apa yg termampu daripada apa yg kita fahami itu.
3. TABLIGH - menyampaikan ilmu yg telah kita pelajari dan fahami itu kpd orang² di sekitar kita, terutamanya ahli keluarga dan teman² rapat kita. Mungkin akan datang cubaan dan penentangan, tapi itulah perjuangan kita dlm menghayati wahyu ini.
Inilah 3 tertib yg perlu kita jalani jika kita benar-benar mahu menghayati alQuran. Silalah lakukan, ulangi dan lazimi selalu, sekiranya kita ikhlas mahu menghayati maksud alQuran dalam kehidupan kita.
Lazimilah 3 langkah ini sehingga maut datang menjemput kita..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan