Khamis, 5 September 2019

Ruqyah sunnah yang sahih

DOA RUQYAH YANG LEBIH DIGUNAKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.

Dari 'Aisyah r.a bahawa Nabi s.a.w selalu meminta perlindungan terhadap sebahagian keluarganya, beliau menyapu dengan tangan kanannya sambil berdoa :

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبْ الْبَاسَ اشْفِهِ وَأَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا
(Ya Allah Rabb manusia, dzat yang menghilangkan rasa sakit, sembuhkanlah sesungguhnya Engkau Dzat yang Maha menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan dari kesembuhanMu,iaitu kesembuhan yang tidak menyisakan rasa sakit)
[1]

Huraian.

Tidak diperincikan siapakah ahli keluarga baginda yang dimaksudkan.Doa ruqyah ini sama seperti hadith sebelumnya(Nombor Hadith : 5301).Ini bermaksud nabi s.a.w membaca doa ini tidak hanya satu kali.Doa ini lebih kerap digunakan oleh baginda s.a.w.Sapu tersebut dengan makna semuga Allah menghilangkan sakit tersebut dan supaya dihilangkan sakit tersebut.[2]

Selain sapu bertujuan menghilangkan sakit,mungkin dengan sapu dapat meredakan sakit tersebut,mungkin juga sebagai tanda simpati,tidak rasa jijik,dan tanda bermesra.Ini adalah kemungkinan-kemungkinan diatas perbuatan rasulullah s.a.w tersebut.[3]

لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ
(tidak ada kesembuhan melainkan dari kesembuhanMu)

Pada ayat diatas merujuk kepada akidah.Yakni yang menyembuhkan hanyalah Allah.[4]

Kesimpulan :

1.Jadikan doa ini sebagai #kelaziman semasa meruqyah.Samada untuk merawat diri sendiri atau orang lain. Kerana inilah doa ini kerap digunakan oleh Rasulullah s.a.w.
2.Menggunakan tangan kanan.
3.Baca doa ini sambil menyapu-nyapu anggota yang sakit.
4. Baca dalam keadaan faham dan menghayati maksud permohonan doa tersebut.

#Tambahan: Menyapu-nyapu anggota badan pesakit semasa meruqyah khusus untuk pesakit dan perawat sesama jantina sahaja.

#Nukilan :Admin page fb Rawatan Islam Pulau Pinang.

#MAKLUMAN : Dibenarkan klik share.Atau dibenarkan copy-paste dengan syarat dinyatakan sumber adalah dari page Rawatan Islam Pulau Pinang.

Rujukan Kami

[1] Kitab Pengubatan,Bab: Jampi nabi s.a.w,Hadith Riwayat Bukhari,nombor 5302,status hadith: Sahih.
[2] Syarah Shahih Bukhari. Kitab Pengubatan. Oleh : Maulana Muhammad Asri Yusof.
[3] Ibid
[4] Ibid
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
Untuk mendapatkan khidmat rawatan atau sebarang pertanyaan berkenaan rawatan boleh Whatsapp kami 011-10145363. Atau hanya #klik #link #dibawah untuk terus #Whatsapp kepada kami.
👇👇👇👇👇👇 👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇
http://bit.ly/2JEzYgr

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KHATMUL QALBI: PISAU VS BATU PENGASAH

 بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ KHATMUL QALBI: PISAU VS BATU PENGASAH Kali ini mari kita bersama tadabbur ayat berikut: Surah Al-Ba...