Sabtu, 28 September 2019

Tawassul

TAWASSUL YANG DISYARI'ATKAN DAN TAWASSUL YANG DILARANG

Oleh Ustadz Fathul Bari Mat Jahya hafidzhohullah

Soalan :

Saya tidak pasti tentang tawassul.

Bertawassul ini boleh atau tidak?

Kalau boleh, bagaimana caranya?

Jawapan :

Pertama sekali kita perlu tahu apa maksud tawassul.

Tawassul berasal dari perkataan Arab وسيلة (wasiilah: perantara).

Tawassala-yatawassalu-tawassulan.

Yakni menjadikan sesuatu sebagai perantara di dalam kita berdoa.

Kita tetap meminta daripada Allah, tetapi kita meletakkan perantara di tengah.

Di sana ada tawassul yang masyru’ (syar’i) dan ada tawassul yang mamnu’ (dilarang).

Tawassul yang disyariatkan :

Tawassul yang disyariatkan oleh Allah dan Rasul adalah berdalilkan hadis-hadis Nabi shallallahu ’alaihi wasallam tentang bagaimana baginda mengajarkan kepada kita cara bertawassul.

Pertama, bertawassul dengan menggunakan nama-nama Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Firman Allah di dalam Al-Quran,

‎وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا

“Dan Allah memiliki nama-nama yang indah, maka berdoalah kepada-Nya dengan nama-nama-Nya tersebut.”

(surah Al-A’raf: 180)

Contoh berdoa dengan nama Allah adalah kita meminta dengan lafaz “Ya Ghaffar, ighfir li”.

Wahai yang Maha Pengampun, ampunilah aku.

Iaitu dengan menyeru Nama Allah terlebih dahulu; Ya Razzaq, kurniakanlah rezki kepadaku, Wahai yang Maha Pengasih, kasihilah aku. Ya Rahman, Ya Rahim, irhamni – Wahai yang Maha Pemurah, wahai yang Maha Pengasih, kasihanilah aku.

Sebut Nama-nama Allah terlebih dahulu, jadikan nama-Nya sebagai perantara untuk kita berdoa dan memohon atau meminta sesuatu daripada-Nya.

Itu salah satu kaedah tawassul yang syar’i.

Kedua, bertawassul dengan doa orang soleh yang masih hidup.

Iaitu berjumpa dengan orang-orang soleh yang amal ibadatnya bertepatan dengan Al-Quran dan As-Sunnah, para ulama dan sesiapa sahaja orang soleh yang masih hidup dan meminta orang yang soleh itu mendoakan untuk kita.

Perkara ini berlaku di dalam petunjuk Nabi SAW di mana para sahabat meminta agar Nabi berdoa.

Adapun setelah kewafatan Nabi shallallaahu ’alaihi wasallam, Umar Al-Khatthab radhiyallaahu ’anhu pergi bertemu dengan Abbas bin Abdul Muthalib, bapa saudara Nabi dengan Umar menyatakan bahawasanya,

“Dulu ketika Nabi masih hidup, kami bertawassul dengan Nabi.

Sekarang apabila Nabi telah tiada, orang yang paling mulia dalam kalangan kami adalah kamu, wahai Abbas.

Maka berdoalah kamu untuk kami.”

(lihat Sahih Bukhari)

Peristiwa ini terjadi ketika Madinah dilanda kemarau panjang.

Umar meminta Abbas radhiyallaahu ’anhu berdoa dan Abbas radhiyallaahu ’anhu pun berdoa.

Tidak lama setelah itu, Allah pun menurunkan hujan kepada mereka.

Lagi tentang kisah doa orang yang soleh adalah peristiwa Uwais Al-Qarni.

Nabi shallallaahu ’alaihi wasallam tidak pernah berjumpa dengannya dan dia pun tidak pernah bertemu Nabi shallallaahu ’alaihi wasallam.

Tetapi Nabi shallallaahu ’alaihi wasallam menceritakan tentang keberadaan dan kewujudannya.

Nabi menceritakan tentang ciri-cirinya kepada para sahabat.

Nabi menyuruh kepada sahabat, sekiranya bertemu dengan Uwais, mintalah agar dia berdoa.

Maka setiap tahun pada musim haji para sahabat mencari Uwais bin Amir Al-Qarni melalui kabilah yang datang dari Yaman untuk mengerjakan haji.

‎عَنْ أُسَيْرِ بْنِ جَابِرٍ قَالَ كَانَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ إِذَا أَتَى عَلَيْهِ أَمْدَادُ أَهْلِ الْيَمَنِ سَأَلَهُمْ أَفِيكُمْ أُوَيْسُ بْنُ عَامِرٍ حَتَّى أَتَى عَلَى أُوَيْسٍ فَقَالَ أَنْتَ أُوَيْسُ بْنُ عَامِرٍ قَالَ نَعَمْ قَالَ مِنْ مُرَادٍ ثُمَّ مِنْ قَرَنٍ قَالَ نَعَمْ قَالَ فَكَانَ بِكَ بَرَصٌ فَبَرَأْتَ مِنْهُ إِلَّا مَوْضِعَ دِرْهَمٍ قَالَ نَعَمْ قَالَ لَكَ وَالِدَةٌ قَالَ نَعَمْ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ يَأْتِي عَلَيْكُمْ أُوَيْسُ بْنُ عَامِرٍ مَعَ أَمْدَادِ أَهْلِ الْيَمَنِ مِنْ مُرَادٍ ثُمَّ مِنْ قَرَنٍ كَانَ بِهِ بَرَصٌ فَبَرَأَ مِنْهُ إِلَّا مَوْضِعَ دِرْهَمٍ لَهُ وَالِدَةٌ هُوَ بِهَا بَرٌّ لَوْ أَقْسَمَ عَلَى اللَّهِ لَأَبَرَّهُ فَإِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ يَسْتَغْفِرَ لَكَ فَافْعَلْ فَاسْتَغْفِرْ لِي فَاسْتَغْفَرَ لَهُ

Dari Usair bin Jabir ia berkata: Umar bin al-Khatthab jika datang sepasukan dari Yaman akan berkata :

‘Apakah di antara kalian ada Uwais bin Amir’?

(Demikian seterusnya) sampai datang Uwais.

Beliau bertanya :

Apakah engkau Uwais bin Amir?

Dia menjawab :

Ya.

Umar bertanya :

dari Murod, kemudian ke Qoron?

Dia berkata :

Ya.

Umar bertanya :

Apakah engkau dulu memiliki penyakit (semacam) kusta kemudian sembuh, kecuali sebesar dirham.

Dia berkata :

Ya.

Umar bertanya :

Apakah engkau memiliki ibu?

Ia berkata :

Ya.

Umar berkata :

Aku mendengar Rasulullah shallallaahu’alaihiwasallam bersabda :

Akan datang kepada kalian Uwais bin Amir bersama sepasukan penduduk Yaman dari Murod kemudian Qoron, dulunya dia memiliki penyakit (semacam) kusta kemudian dia sembuh, kecuali sebesar dirham, dia memiliki ibu yang dia berbakti kepadanya.

Kalau dia bersumpah atas nama Allah, nescaya Allah perkenankan.

Jika engkau bisa meminta agar dia memohon ampunan untukmu, lakukanlah.

Maka (wahai Uwais) mohonkan ampun untukku.

Kemudian Uwais memohonkan ampunan untuk Umar.

(riwayat Muslim)

Dalam riwayat lain, Nabi memerintahkan kepada para sahabat secara umum :

”perintahkanlah dia agar beristighfar untuk kalian.”

‎عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ خَيْرَ التَّابِعِينَ رَجُلٌ يُقَالُ لَهُ أُوَيْسٌ وَلَهُ وَالِدَةٌ وَكَانَ بِهِ بَيَاضٌ فَمُرُوهُ فَلْيَسْتَغْفِرْ لَكُمْ

Dari Umar bin al-Khatthab beliau berkata,

“Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah shallallaahu ’alaihi wasallam bersabda,

Sesungguhnya sebaik-baik tabi’in adalah seorang laki-laki yang disebut Uwais, dia memiliki ibu dan dia memiliki tanda putih.

Maka perintahkanlah dia agar beristighfar untuk kalian.”

(riwayat Muslim)

Bertawassul dengan doa orang yang soleh yang masih hidup, itu yang diajar oleh Nabi shallallaahu’alaihiwasallam.

Dan cara bertawassul dengan orang soleh yang masih hidup adalah melalui doanya, bukan melalui jasadnya.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah menyatakan,

“Adapun yang dimaksud tawasul dengan Nabi shallallaahu ’alaihi wasallam dalam perkataan para sahabat radhiyallaahu’anhum adalah bertawasul dengan doa dan syafaat Nabi.

Adapun tawasul dengan doa dan syafaat sebagaimana yang dilakukan ‘Umar adalah bertawasul dengan doa, bukan bertawasul dengan zat Rasulullah shallallaahu ’alaihi wasallam.

Seandainya itu merupakan tawasul dengan zat beliau, maka tentu bertawasul kepada Nabi shallallaahu ’alaihi wasallam lebih utama daripada dengan ‘Abbas radhiyallaahu’anhu.

Ketika mereka berpaling dari bertawasul dengan Rasulullah shallallaahu ’alaihi wasallam, namun mereka bertawasul dengan ‘Abbas, maka dari sini kita ketahui bahawa bertawasul dengan Nabi shallallaahu ’alaihi wasallam hanya berlaku ketika baginda masih hidup dan terlarang setelah wafatnya baginda.”

Ketiga, bertawassul dengan amalan soleh.

Iaitu bertawassul dengan amalan soleh yang pernah kita lakukan.

Hadis yang selalu dijadikan contoh adalah hadis tiga orang lelaki yang terperangkap di dalam gua.

Seorang berdoa kepada Allah dengan mengatakan bahawa dia telah taat kepada ibu bapanya, seorang lagi mengatakan dia hampir berzina tetapi dia tinggalkan zina kerana takutkan azab Allah, orang yang ketiga pula berdoa dengan menyebut bahawa dia orang yang amanah, memegang amanah yang diberikan kepadanya dan mengembalikan kepada pemiliknya.

Maka dengan amalan soleh itu mereka berdoa kepada Allah agar dibukakan pintu gua yang tertutup sehingga memerangkap mereka di dalamnya.

Ketika orang pertama berdoa, batu yang menutupi gua itu terbuka sedikit, sehinggalah cukup doa ketiga-tiga mereka, barulah batu itu terbuka sehingga mereka dapat keluar daripadanya.

(lihat Sahih Bukhari)

Ini menunjukkan keberkesanan bertawassul dengan amalan soleh, yakni menjadikan amalan soleh sebagai perantara di dalam doa kita, kesannya itu cepat.

Mudah-mudahan, insyaAllah.

Tiga jenis tawassul di atas adalah tawassul yang syarie.

Tawassul yang dilarang :

Adapun tawassul yang dilarang ada banyak.

Antaranya meminta daripada berhala, pokok, binatang, memuja makhluk, keterlaluan dalam meminta kepada makhluk sehingga lupa kepada Allah Subhaanahu wa Ta’ala, meminta kepada makhluk dan percaya bahawa makhluk tersebut mengabulkan permintaannya, dan tidak meminta kepada Allah.

Begitu juga bertawassul dengan orang yang telah mati yang telah dibincang panjang oleh ahli ilmu.

Seruan kepada orang mati, seruan kepada Nabi Muhammad shallallaahu ’alaihi wasallam sedangkan baginda telah wafat.

Mereka berdalilkan dengan peristiwa-peristiwa di mana kesemuanya adalah daripada hadis-hadis dha’if dan tidak membawa pengertian bahawasanya Nabi  shallallaahu ’alaihi wasallam bertawassul dengan Nabi-nabi yang telah wafat sebelumnya.

Tidak ada pendalilan dan penghujahannya.

Hal ini dijelaskan oleh para ulama.

Ada satu kitab berkaitan dengan tawassul; Al-Tawassul Baina Masyru’i wal Mamnu’ (Tawassul antara yang disyariatkan dan yang dilarang), seingat saya ditulis oleh Syaikh Abdullah bin Abdul Hamid Al-Atsari.

Beliau membahaskan secara detil penghujahan dan bantahan terhadap orang-orang yang berhujah dengan mengatakan boleh bertawassul dengan orang yang telah mati dengan cara menyerunya.

Contohnya, menyeru,

“Ya Syaikh fulan bin fulan, doakan untuk kami…”

dan mereka ini mengharuskan bertawassul di tanah perkuburan orang soleh atau pun menyeru di dalam majlis mereka dan menyeru dari tempat-tempat lain.

Itu antara cara yang mereka lakukan bertawassul dengan orang mati termasuk dengan Nabi shallallaahu ’alaihi wasallam.

Hal-hal seperti ini tidak diamalkan dan tidak dipraktikkan oleh sahabat-sahabat Nabi radhiyallaahu ’anhum berasaskan dan berdalilkan hadis-hadis dan riwayat-riwayat yang sahih yang jelas daripada mereka, seperti mana perbuatan Umar bin Al-Khatthab yang disebutkan tadi, di mana beliau tidak bertawassul kepada Nabi sebaliknya mencari Abbas bin Abdul Muthalib.

Dan beliau sendiri yang membuat permisalan dan menyebut bahawa,

“dulu ketika masih ada Nabi, kami bertawassul dengan Nabi, tetapi sekarang apabila Nabi telah tiada, kami bertawassul dengan Abbas.”

Itu gambaran umum dan ringkas tentang tawassul.

Maka dianjurkan untuk kita bertawassul dengan ketiga-tiga perkara yang jelas disyariatkan berdalilkan fakta-fakta dan hadis-hadis yang sahih.

Adapun selainnya adalah terlarang.

Wallaahu a’lam.

Rabu, 25 September 2019

Tallaqi Tadabbur Tabligh

3 "Ta" yg perlu diberi perhatian jika mahu menghayati maksud alQuran.

Dlm kita berinteraksi dgn alQuran,  secara ringkasnya,  ada 3 langkah secara bertertib yg perlu kita ikuti.

1. TALAQQI - yakni berguru,  sebaik²nya secara berhadapan. Guru yg dimaksudkan itu mestilah yg layak mengajar,  yakni ada sanad sah yg menunjukkan beliau telahpun belajar dahulu keseluruhanAlQur'an itu sehingga khatam. Ini asas dlm usaha utk memahami maksud alQuran secara menyeluruh.

2. TADABBUR - yakni sentiasa memerhatikan maksud alQuran,  baik secara sendirian,  atau bermuzakarah. Ini utk memantapkan lg kefahaman kita. Teruslah beramal apa yg termampu daripada apa yg kita fahami itu.

3. TABLIGH - menyampaikan ilmu yg telah kita pelajari dan fahami itu kpd orang² di sekitar kita,  terutamanya ahli keluarga dan teman² rapat kita. Mungkin akan datang cubaan dan penentangan,  tapi itulah perjuangan kita dlm menghayati wahyu ini.

Inilah 3 tertib yg perlu kita jalani jika kita benar-benar mahu menghayati alQuran. Silalah lakukan, ulangi dan lazimi selalu, sekiranya kita ikhlas mahu menghayati maksud alQuran dalam kehidupan kita.

Lazimilah 3 langkah ini sehingga maut datang menjemput kita..

Khamis, 5 September 2019

Ruqyah sunnah yang sahih

DOA RUQYAH YANG LEBIH DIGUNAKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.

Dari 'Aisyah r.a bahawa Nabi s.a.w selalu meminta perlindungan terhadap sebahagian keluarganya, beliau menyapu dengan tangan kanannya sambil berdoa :

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبْ الْبَاسَ اشْفِهِ وَأَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَمًا
(Ya Allah Rabb manusia, dzat yang menghilangkan rasa sakit, sembuhkanlah sesungguhnya Engkau Dzat yang Maha menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan dari kesembuhanMu,iaitu kesembuhan yang tidak menyisakan rasa sakit)
[1]

Huraian.

Tidak diperincikan siapakah ahli keluarga baginda yang dimaksudkan.Doa ruqyah ini sama seperti hadith sebelumnya(Nombor Hadith : 5301).Ini bermaksud nabi s.a.w membaca doa ini tidak hanya satu kali.Doa ini lebih kerap digunakan oleh baginda s.a.w.Sapu tersebut dengan makna semuga Allah menghilangkan sakit tersebut dan supaya dihilangkan sakit tersebut.[2]

Selain sapu bertujuan menghilangkan sakit,mungkin dengan sapu dapat meredakan sakit tersebut,mungkin juga sebagai tanda simpati,tidak rasa jijik,dan tanda bermesra.Ini adalah kemungkinan-kemungkinan diatas perbuatan rasulullah s.a.w tersebut.[3]

لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ
(tidak ada kesembuhan melainkan dari kesembuhanMu)

Pada ayat diatas merujuk kepada akidah.Yakni yang menyembuhkan hanyalah Allah.[4]

Kesimpulan :

1.Jadikan doa ini sebagai #kelaziman semasa meruqyah.Samada untuk merawat diri sendiri atau orang lain. Kerana inilah doa ini kerap digunakan oleh Rasulullah s.a.w.
2.Menggunakan tangan kanan.
3.Baca doa ini sambil menyapu-nyapu anggota yang sakit.
4. Baca dalam keadaan faham dan menghayati maksud permohonan doa tersebut.

#Tambahan: Menyapu-nyapu anggota badan pesakit semasa meruqyah khusus untuk pesakit dan perawat sesama jantina sahaja.

#Nukilan :Admin page fb Rawatan Islam Pulau Pinang.

#MAKLUMAN : Dibenarkan klik share.Atau dibenarkan copy-paste dengan syarat dinyatakan sumber adalah dari page Rawatan Islam Pulau Pinang.

Rujukan Kami

[1] Kitab Pengubatan,Bab: Jampi nabi s.a.w,Hadith Riwayat Bukhari,nombor 5302,status hadith: Sahih.
[2] Syarah Shahih Bukhari. Kitab Pengubatan. Oleh : Maulana Muhammad Asri Yusof.
[3] Ibid
[4] Ibid
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
Untuk mendapatkan khidmat rawatan atau sebarang pertanyaan berkenaan rawatan boleh Whatsapp kami 011-10145363. Atau hanya #klik #link #dibawah untuk terus #Whatsapp kepada kami.
👇👇👇👇👇👇 👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇
http://bit.ly/2JEzYgr

KHATMUL QALBI: PISAU VS BATU PENGASAH

 بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ KHATMUL QALBI: PISAU VS BATU PENGASAH Kali ini mari kita bersama tadabbur ayat berikut: Surah Al-Ba...