Rabu, 14 Ogos 2019

JANGAN AMBIL GAMBAR ATAU VIDEO SEMASA SEMBELIHAN KORBAN!!

JANGAN AMBIL GAMBAR ATAU VIDEO SEMASA SEMBELIHAN KORBAN!!

KUALA LUMPUR – Datuk Dr Asri Zainul Abidin menasihatkan agar orang Islam di negara ini supaya tidak memuat naik gambar atau video sembelihan korban di media sosial atau mana-mana medium sosial.

Menurut Mufti Perlis itu, keadaan haiwan yang terseksa ekoran sembelihan mahupun cara ia dikendalikan akan menyebabkan masyarakat bukan Islam memandang serong terhadap kemurnian ibadah korban itu.

“Ramai yang memasukkan gambar sembelihan lembu ataupun kambing, kadang kala mereka masukkan gambar atau video betapa terseksanya haiwan itu disembelih.

“Dengan cara ia ditumbangkan, diikat dan bagaimana ia diuruskan sehingga orang bukan Islam ataupun yang tidak beragama mereka akan merasai berapa tidak wajarnya Islam ini di mata mereka pada musim korban ini,” katanya dalam satu video yang disiarkan dalam media sosial hari ini.

Dr Asri berkata, perkara itu jelas akan menimbulkan rasa tidak puas hati sesetengah penganut agama lain mahupun pengamal vegetarian (tidak makan daging).

“Jangan sekali kita ambil gambar dalam bentuk yang salah, lalu akan beri mesej yang salah kepada orang ramai.

“Ini bukan ajaran nabi Muhammad, kena sembelih dengan cara yang terbaik, jika ingin menyembelih tunjukkan kepada dunia bagaimana santunnya Islam menguruskan haiwan korban mereka.

“Hasil daripada pengurusan yang silap lalu memberikan mesej yang salah terutamanya kepada golongan vegetarian dan tidak makan haiwan. Mereka mengkritik sebahagian amalan agama bukan kerana ajarannya tetapi kerana tingkah laku pengikutnya di atas nama agama,” katanya.

Justeru itu, beliau menasihatkan agar mana-mana individu yang ingin melakukan ibadah korban agar menyerahkan tugas itu kepada pihak-pihak yang mempunyai kepakaran khusus mengenai itu.

Jelasnya, ia dilihat perlu bagi memastikan ibadah suci ini dipandang tinggi dan mendapat keredhaan Allah.

“Jika kita tidak pakar, kita serah kepada tempat yang dapat menguruskannya dengan baik. Tidak perlu sembelih haiwan itu di hadapan haiwan dengan cara yang menakutkan,” nasihat beliau. -MalaysiaGazette

Hukum asal ibadah adalah Haram

🔴 Mohon dalil bagi hukum asal ibadah adalah haram.


الأصل في العبادات التحريم

Terjemahan:
“Hukum asal ibadah adalah haram (sampai adanya dalil)"

Dalil hadith:

Dari 'Aisyah رضي الله عنها‎,

مَنْ أَحْدَثَ فِى أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ

Terjemahan:
“Barang siapa membuat suatu perkara baru dalam agama kami ini yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak”
[Bukhari no. 20 dan Muslim no. 1718]

Fatwa Imam Syafi'iy رحمه الله‎:

اَلْأَصْلَ فِي اَلْعِبَادَةِ اَلتَّوَقُّف

Terjemahan:
“Hukum asal ibadah adalah tawaqquf"
[Ibnu Hajar dalam Fathul Bari 5: 43]

Penjelasan Imam Ibnu Taimiyyah رحمه الله‎:

إنَّ الْأَصْلَ فِي الْعِبَادَاتِ التَّوْقِيفُ فَلَا يُشْرَعُ مِنْهَا إلَّا مَا شَرَعَهُ اللَّهُ تَعَالَى . وَإِلَّا دَخَلْنَا فِي مَعْنَى قَوْلِهِ : { أَمْ لَهُمْ شُرَكَاءُ شَرَعُوا لَهُمْ مِنَ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ } . وَالْعَادَاتُ الْأَصْلُ فِيهَا الْعَفْوُ فَلَا يَحْظُرُ مِنْهَا إلَّا مَا حَرَّمَهُ وَإِلَّا دَخَلْنَا فِي مَعْنَى قَوْلِهِ : { قُلْ أَرَأَيْتُمْ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ لَكُمْ مِنْ رِزْقٍ فَجَعَلْتُمْ مِنْهُ حَرَامًا وَحَلَالًا } وَلِهَذَا ذَمَّ اللَّهُ الْمُشْرِكِينَ الَّذِينَ شَرَعُوا مِنْ الدِّينِ مَا لَمْ يَأْذَنْ بِهِ اللَّهُ وَحَرَّمُوا مَا لَمْ يُحَرِّمْهُ

“Hukum asal ibadah adalah tawqifiyah (dilaksanakan jika ada dalil). Ibadah tidaklah diperintahkan sampai ada perintah dari Allah ﷻ. Jika tidak, maka termasuk dalam firman Allah ﷻ,
“Apakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka agama yang tidak diizinkan Allah?”
[Asy-Syura: 21]

“Katakanlah: “Terangkanlah kepadaku tentang rezki yang diturunkan Allah kepadamu, lalu kamu jadikan sebahagiannya haram dan  sebahagiannya halal”
[Yunus: 59]

Oleh kerana itu Allah ﷻ mencela orang-orang musyrik yang membuat syariat yang tidak diizinkan Allah ﷻ dan mengharamkan yang tidak diharamkan"
[Majmu' Al-Fatawa 29: 17]

🔴 Apakah dalil bagi hukum asal urusan muamalah pula?


Prinsip urusan muamalah.

اَلأَصْلُ فِى اْلأَشْيَاءِ اْلإِ بَا حَة حَتَّى يَدُ لَّ اْلدَّلِيْلُ عَلَى التَّحْرِيْمِ

Terjemahan:
"Hukum asal dari sesuatu (muamalah) adalah mubah atau harus sampai ada dalil yang melarangnya (memakruhkannya atau mengharamkannya)"
[Imam As-Suyuthi, dalam Al-Asyba' Wan Nadzoir: 43)

Firman Allah ﷻ,

"Dia-lah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu"
[Al-Baqarah: 29]

"dan Dia menundukkan untukmu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi semuanya (sebagai rahmat)"
[Al-Jatsiyah: 13]

Syarah dua usyul:
Prinsip dalam “beribadah” lebih menekankan pada larangan sampai ada “perintah”, prinsip dalam “muamalah atau adat” lebih menekankan pada pembolehan sampai ada “larangan” sehingga ada dalil (yang membolehkan atau yang melarang).
Maka, status hukumnya berubah.

Nota kaki
Tawaqquf = Diam atau tunggu sehingga datang dalil.

Golongan yang dihalau Dari Telaga Kauthar

Ini tentang telaga haudh.

أَنَا فَرَطُكُمْ عَلَى الْحَوْضِ ، لَيُرْفَعَنَّ إِلَىَّ رِجَالٌ مِنْكُمْ حَتَّى إِذَا أَهْوَيْتُ لأُنَاوِلَهُمُ اخْتُلِجُوا دُونِى فَأَقُولُ أَىْ رَبِّ أَصْحَابِى . يَقُولُ لاَ تَدْرِى مَا أَحْدَثُوا بَعْدَكَ

“Aku akan mendahului kalian di al haudh (telaga). Dinampakkan di hadapanku beberapa orang di antara kalian. Ketika aku akan mengambilkan (minuman) untuk mereka dari al haudh, mereka dijauhkan dariku. Aku lantas berkata, ‘Wahai Rabbku, ini adalah umatku.’ Lalu Allah berfirman, ‘Engkau sebenarnya tidak mengetahui bid’ah yang mereka buat sesudahmu.’ ” (HR. Bukhari, no. 7049)

🔴 Apakah perbezaan di antara telaga Al-Haudh dengan telaga Al-Kautsar?


Ia sama.

Dalil hadith:

فَإِنَّهُ نَهْرٌ وَعَدَنِيهِ رَبِّى عَزَّ وَجَلَّ عَلَيْهِ خَيْرٌ كَثِيرٌ هُوَ حَوْضٌ تَرِدُ عَلَيْهِ أُمَّتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ آنِيَتُهُ عَدَدُ النُّجُومِ فَيُخْتَلَجُ الْعَبْدُ مِنْهُمْ فَأَقُولُ رَبِّ إِنَّهُ مِنْ أُمَّتِى. فَيَقُولُ مَا تَدْرِى مَا أَحْدَثَتْ بَعْدَكَ

“Al-Kautsar adalah sungai yang dijanjikan oleh Rabbku Azza Wa Jalla. Sungai tersebut memiliki kebaikan yang banyak. Ia adalah telaga yang nanti akan didatangi oleh umatku pada hari kiamat nanti. Bejana (gelas) di telaga tersebut sejumlah bintang di langit. Namun ada dari sebahagian hamba yang tidak boleh minum dari telaga tersebut. Allah berfirman: Tidakkah engkau tahu bahawa mereka telah amalan baru sesudahmu.”
[Muslim, no. 400]

Tiga kurun terbaik

Assalamu'alaikum..

Ini hadis 3 kurun terbaik. Bila kita ingin mengambil ilmu agama dari mana2 sumber, kita kena percaya kepada pemilik sumber tu. Bila kita trust dia, maka bila dia kata Bukhari, maka kita yakin dia tidak menipu kita:

Daripada Imran bin Hussain r.a, Nabi s.a.w bersabda:

"‏ خَيْرُ أُمَّتِي قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ‏"‌‏.‏ قَالَ عِمْرَانُ فَلاَ أَدْرِي أَذَكَرَ بَعْدَ قَرْنِهِ قَرْنَيْنِ أَوْ ثَلاَثًا ‏"‏ ثُمَّ إِنَّ بَعْدَكُمْ قَوْمًا يَشْهَدُونَ وَلاَ يُسْتَشْهَدُونَ، وَيَخُونُونَ وَلاَ يُؤْتَمَنُونَ، وَيَنْذُرُونَ وَلاَ يَفُونَ، وَيَظْهَرُ فِيهِمُ السِّمَنُ ‏"‌‏.‏

Sebaik-baik umat ku adalah kurun ku. Seterusnya yang mengikuti mereka, seterusnya yang mengikuti mereka. Imran berkata: Aku tidak tahu adakah baginda menyebutkan dua atau tiga kurun selepas kurunnya. (Baginda bersabda lagi): Sesungguhnya selepas kalian akan muncul kaum yang bersaksi tanpa diminta memberi persaksian, khianat dan tidak amanah, bernazar dan tidak menunaikannya, KEGEMUKAN akan terzahir daripada mereka.
[Sahih al-Bukhari, Kitab Fadhail Ashab an-Nabiy, hadis no: 3650].

Enjin atau gerabak?

Perjalanan Berkumpulan: Konvoi vs Gerabak.

Dalam perjalanan secara berkumpulan,  biasanya kita akan melihat 2 kaedah yg biasa digunakan - secara konvoi atau gerabak.

Secara gerabak,  maksudnya kita ikut sahaja pemandu di depan,  kita bagi kepercayaan penuh kepadanya untuk sahaja untuk menentukan jalan mana yang hendak dituju,  simpang mana yang hendak dipilih. Kita tidak ambil kisah untuk semak petunjuk sepanjang jalan (signboards) ,  kerana kita sudah serahkan urusan penentuan perjalanan itu sepenuhnya kpd pemandu.  Maka jika pemandu tersalah pilih jalan,  semua akan tersesat.  Jika pemandu masuk gaung,  semua penumpang akan ikut ke gaung!

Inilah ibarat jika kita mengikuti panduan guru atau tokoh idola kita secara taksub,  membuta tuli.  Kita sudah tidak ambil endah untuk menyemak dalil, hanya mengikut sahaja kata² guru.  Hitam katanya,  maka hitamlah.  Betul katanya,  maka betullah. Inilah perangai biasa pengikut apabila TAKSUB kpd pemimpinnya.  Jelas sekali,  ia suatu tindakan yg sangat bahaya.  Jika pemimpin yang menunjuk jalan itu tersesat,  maka sesatlah semua pengikutnya..

Adapun satu lagi pilihan adalah dengan cara berkonvoi.  Memang ada pemimpin kita di hadapan,  tetapi semua pengikut ada kenderaan sendiri,  boleh kawal stereng masing-masing.  Maka,  semua pengikut juga patut membaca sendiri panduan sepanjang jalan dan boleh menyemak keadaan pemandu arah di depan.  Jika pemandu di depannya tersalah arah,  boleh ditegur.  Bila pemandu degil,  wpun tenyata salah arah,  tidak diikuti.  Kalau pemandu depan masuk gaung,  tidak dituruti.

Begitulah pula ibaratnya bila kita berguru,  tetapi tetap menyemak ajaran guru berdasarkan dalil WAHYU yang memang telah Allah sediakan kepada semua manusia yang mahu kembali dengan selamat kepadaNya.  Mereka tidak TAKLID BUTA,  tetapi sentiasa menyemak menggunakan neraca wahyu sebagai ukurannya. 

Dengan cara ini,  sekiranya guru tersilap, muridnya boleh tegur berdasarkan NERACA WAHYU. Sepertimana makmum dlm solat patut tegur imam bila tersalah,  begitulah dalam perjalanan hidup kita menuju kepada Allah.  Tiada lagi guru yang maksum,  maka jangan sesekali taksub kepada guru. 

Penuntut ilmu tidak sepatutnya hanya "ikut nonek" di belakang guru,  tetapi juga menjadi penyemak kepada guru.  Sepertimana makmum patut memerhatikan bacaan dan pergerakan imam dalam solat,  begitulah murid yang baik menilai kebenaran gurunya berdasarkan neraca wahyu. Bukan ikut secara melulu.

Dengan cara melakukan semakan selalu,  hubungan murid dan guru sepatutnya akan jadi lebih erat. Guru tidak boleh ego sebagai guru,  murid pula tidak ikut melulu. Masing² ada rujukan wahyu.  Sama-sama SALING BERPESAN di atas kebenaran. Barulah perjalanan akan lebih terjamin.

Semoga dengan demikian,  perjalanan kita akan selamat sampai ke destinasi.

Selasa, 6 Ogos 2019

Doa berlindung dari pelbagai fitnah

Doa dari pelbagai fitnah


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ النَّارِ وَعَذَابِ النَّارِ وَفِتْنَةِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ وَشَرِّ فِتْنَةِ الْغِنَى وَشَرِّ فِتْنَةِ الْفَقْرِ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ. اللَّهُمَّ اغْسِلْ قَلْبِي بِمَاءِ الثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّ قَلْبِي مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَبَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ. اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْكَسَلِ وَالْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ

Maksudnya: 
Ya Allah, sesungguhnya daku memohon denganMu daripada fitnah neraka, azab neraka, fitnah kubur, azab kubur, kejahatan fitnah kekayaan dan kejahatan fitnah kefakiran. Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung denganMu daripada kejahatan fitnah al-Masih al-Dajjal. Ya Allah, bersihkanlah hatiku dengan air salji, air sejuk dan bersihkanlah hatiku daripada kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju putih daripada kotoran, jauhkanlah diantaraku dan kesalahanku sebagaimana Engkau jauhkan di antara timur dan barat. Ya Allah, daku berlindung denganMu daripada kemalasan,

KHATMUL QALBI: PISAU VS BATU PENGASAH

 بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ KHATMUL QALBI: PISAU VS BATU PENGASAH Kali ini mari kita bersama tadabbur ayat berikut: Surah Al-Ba...