Rabu, 14 Ogos 2019

Enjin atau gerabak?

Perjalanan Berkumpulan: Konvoi vs Gerabak.

Dalam perjalanan secara berkumpulan,  biasanya kita akan melihat 2 kaedah yg biasa digunakan - secara konvoi atau gerabak.

Secara gerabak,  maksudnya kita ikut sahaja pemandu di depan,  kita bagi kepercayaan penuh kepadanya untuk sahaja untuk menentukan jalan mana yang hendak dituju,  simpang mana yang hendak dipilih. Kita tidak ambil kisah untuk semak petunjuk sepanjang jalan (signboards) ,  kerana kita sudah serahkan urusan penentuan perjalanan itu sepenuhnya kpd pemandu.  Maka jika pemandu tersalah pilih jalan,  semua akan tersesat.  Jika pemandu masuk gaung,  semua penumpang akan ikut ke gaung!

Inilah ibarat jika kita mengikuti panduan guru atau tokoh idola kita secara taksub,  membuta tuli.  Kita sudah tidak ambil endah untuk menyemak dalil, hanya mengikut sahaja kata² guru.  Hitam katanya,  maka hitamlah.  Betul katanya,  maka betullah. Inilah perangai biasa pengikut apabila TAKSUB kpd pemimpinnya.  Jelas sekali,  ia suatu tindakan yg sangat bahaya.  Jika pemimpin yang menunjuk jalan itu tersesat,  maka sesatlah semua pengikutnya..

Adapun satu lagi pilihan adalah dengan cara berkonvoi.  Memang ada pemimpin kita di hadapan,  tetapi semua pengikut ada kenderaan sendiri,  boleh kawal stereng masing-masing.  Maka,  semua pengikut juga patut membaca sendiri panduan sepanjang jalan dan boleh menyemak keadaan pemandu arah di depan.  Jika pemandu di depannya tersalah arah,  boleh ditegur.  Bila pemandu degil,  wpun tenyata salah arah,  tidak diikuti.  Kalau pemandu depan masuk gaung,  tidak dituruti.

Begitulah pula ibaratnya bila kita berguru,  tetapi tetap menyemak ajaran guru berdasarkan dalil WAHYU yang memang telah Allah sediakan kepada semua manusia yang mahu kembali dengan selamat kepadaNya.  Mereka tidak TAKLID BUTA,  tetapi sentiasa menyemak menggunakan neraca wahyu sebagai ukurannya. 

Dengan cara ini,  sekiranya guru tersilap, muridnya boleh tegur berdasarkan NERACA WAHYU. Sepertimana makmum dlm solat patut tegur imam bila tersalah,  begitulah dalam perjalanan hidup kita menuju kepada Allah.  Tiada lagi guru yang maksum,  maka jangan sesekali taksub kepada guru. 

Penuntut ilmu tidak sepatutnya hanya "ikut nonek" di belakang guru,  tetapi juga menjadi penyemak kepada guru.  Sepertimana makmum patut memerhatikan bacaan dan pergerakan imam dalam solat,  begitulah murid yang baik menilai kebenaran gurunya berdasarkan neraca wahyu. Bukan ikut secara melulu.

Dengan cara melakukan semakan selalu,  hubungan murid dan guru sepatutnya akan jadi lebih erat. Guru tidak boleh ego sebagai guru,  murid pula tidak ikut melulu. Masing² ada rujukan wahyu.  Sama-sama SALING BERPESAN di atas kebenaran. Barulah perjalanan akan lebih terjamin.

Semoga dengan demikian,  perjalanan kita akan selamat sampai ke destinasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KHATMUL QALBI: PISAU VS BATU PENGASAH

 بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ KHATMUL QALBI: PISAU VS BATU PENGASAH Kali ini mari kita bersama tadabbur ayat berikut: Surah Al-Ba...