Isnin, 5 September 2022

Tauhid Fid Doa

 

Ayat 14 Dakwa

Dakwa surah yang membawa maksud tauhid fi doa diulang pada ayat 60 dan 65.

14.

فَٱدْعُوا۟ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ ٱلْكَـٰفِرُونَ

Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya (dan menjauhi bawaan syirik), sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai (amalan kamu yang demikian).

 

Oleh itu hendaklah kamu berdoa kepada Allah سبحانه وتعالى sahaja dengan mengikhlaskan doa itu kepadaNya walaupun orang-orang yang ingkar tauhid tidak menyukai kamu mengikhlaskan doa kamu kepadaNya.

·          Makna ayat ini sama dengan makna وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ dalam surah Al Fatihah.

·          Huruf فَٱ dalam kalimah (فَٱدْعُوا۟) ialah Fa fasihah yakni ditakdirkan ada jumlah muqaddar oleh ulama tafsir membawa makna, setelah membaca ayat 1 hingga ayat 13 sebelum ini, maka berdoalah kepada Allah سبحانه وتعالى sahaja dengan mengikhlaskan berdoa kepadaNya sahaja walaupun dibenci oleh orang ingkar yang tidak suka tauhid dalam berdoa.

·          Orang kafir suka jika kamu mencampuradukan seruan kamu. Mereka hendak kamu seru Allah سبحانه وتعالى dan juga roh para wali, nabi, malaikat dan jin.

·          Kata (ٱلدِّينَ) dalam surah-surah berikut Al-Quran mempunyai makna yang berbeza:

a)       Jika di dahului (فَٱعْبُدِ) ia bermaksud ibadat (Surah Az-Zumar)

إِنَّآ أَنزَلْنَآ إِلَيْكَ ٱلْكِتَـٰبَ بِٱلْحَقِّ فَٱعْبُدِ ٱللَّهَ مُخْلِصًۭا لَّهُ ٱلدِّينَ

Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya. [Az Zumar 2]

b)      Jika di dahului (فَٱدْعُوا۟) ia bermaksud doa (Surah Mukmin / Ghafir)

فَٱدْعُوا۟ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ ٱلْكَـٰفِرُونَ

Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya (dan menjauhi bawaan syirik), sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai (amalan kamu yang demikian).[ Ghafir 14]

c)       Jika di dahului (يَوْمِ) ia bermaksud pembalasan (Surah Al Fatihah)

مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). [Al Fatihah 4]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KHATMUL QALBI: PISAU VS BATU PENGASAH

 بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ KHATMUL QALBI: PISAU VS BATU PENGASAH Kali ini mari kita bersama tadabbur ayat berikut: Surah Al-Ba...