Allah telah menjadikan dunia ini berjalan mengikut sunnahNYA iaitu ketetapanNYA. Sunnatullah ini pula terbahagi kepada 2:
1. Iaitu di luar lingkungan asbab atau dikenali sebagai luar biasa.
2. Perkara dalam lingkungan asbab atau dikenali sebagai perkara biasa.
Sunnatullah dari jenis dalam lingkungan asbab ini, Allah perlihatkan melalui hukum takwini iaitu hukum kejadian.
Contohnya, apabila kita makan hilang lapar; apabila kita minum hilang dahaga. Selain itu, seperti hujan, panas, sakit dan segala apa yang lihat sehari-hari, itulah hukum takwini.
Hukum takwini ini, tidak kiralah siapa pun, pasti melaluinya kerana ia bukan ikhtiari yakni kita terpaksa hadapinya.
Contohnya, Allah beri kita sakit maka kita mesti hadapinya.
Sunnatullah dari jenis luar lingkungan asbab pula, Allah perlihatkan kepada hambaNYA melalui hukum tasyri’i حكم التشريعي iaitu hukum syariat.
Contohnya, apabila kita taat perintah Allah maka, Allah beri kita perkara luar biasa seperti rezeki tanpa punca. Allah Taala memperlihatkan kepada hambaNYA melalui hukum tasyri’i ini dalam kitab wahyu iaitu Al-Quran.
Contohnya: masuk dalam api tak terbakar; mati hidup kembali; dan banyak lagi.
Allah menuntut hamba-hambaNYA menyempurnakan hukum tasyri’i yang tidak akan berubah dalam hukum takwini yang sentiasa berubah-ubah. Syariat tidak berubah tetapi, keadaan hamba itu yang berubah. Allah menguji hambaNYA dalam melaksanakan syariat melalui keadaan yang sentiasa berubah. Contohnya, Allah telah tetapkan waktu dan cara bagi solat, dan keadaan hamba itu berubah. Kadang-kadang sihat, kadang-kadang sakit.
Contoh lain seperti bulan puasa. Puasa telah ditentukan pada bulan Ramadhan tapi, keadaannya sentiasa berubah. Boleh jadi puasa kena pada musim panas, atau pada musim sejuk atau pada musim banjir. Itulah ujian Allah kepada hambaNYA melalui hukum takwini dalam melaksanakan hukum tasyri’i.
Golongan yang dapat sabar dengan hukum tasyri’i dan hukum takwini iaitu sentiasa melaksanakn syariat walau dalam apa keadaan sekalipun maka, mereka itu orang yang berjaya. Mereka ini tidak terkesan dengan hukum takwini.
Golongan yang melninggalkan hukum tasyri’i kerana terkesan dengan hukum takwini pula maka, mereka itu orang yang celaka. Contohnya, meninggalkan solat kerana sakit, meninggalkan puasa kerana panas….Wallahualam
Semoga kita semua tergolong dalam kalangan hambaNYA yang bertaqwa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan