Isnin, 5 September 2022

KHATMUL QALBI: PISAU VS BATU PENGASAH

 بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ




KHATMUL QALBI: PISAU VS BATU PENGASAH


Kali ini mari kita bersama tadabbur ayat berikut:


Surah Al-Baqarah ayat 6:

إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ سَوَآءٌ عَلَيْهِمْ ءَأَنذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنذِرْهُمْ لَا يُؤْمِنُونَ ٦

"Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman."


Dalam pengajian tafsir, kami dimaklumi bahawa ini adalah contoh ayat yang memperihalkan tentang keadaan manusia yang telah menepati istilah tafsir yang ke-15, Khatmul Qalbi. Ia adalah tahap keempat dan terakhir kesesatan, bilamana manusia berterusan mengingkari ajakan tauhid. 


Ringkasnya, 4 tahap kesesatan itu adalah seperti berikut:


1. RAAIBUN/ SYAKKUN (meragui kebenaran) - keadaan awal ke arah kesesatan bila mana seseorang itu MERAGUI kebenaran dakwah tauhid yang disampaikan kepadanya. 


2. DHOLALAH (menolak kebenaran) - bila penerima ajakan tauhid ini bukan setakat meragui, tapi mulai cenderung menolaknya. Dia mulai menolak ajakan dakwah tauhid yang telah disampaikan kepadanya.


3. MUJADALAH (melawan kebenaran) - bilamana orang itu bukan setakat meragui, tidak menerima bahkan mulai melawan dakwah tauhid yg disampaikan kepadanya, maka naiklah tahap kesesatannya kepada tahap ke-3 ini.


4. KHATMUL QALBI (tutupan hati) - bilamana sering sangat melawan dakwah tauhid yang disampaikan, dikhuatiri akan sampai ke tahap ini, yang mana Allah telah begitu murka kepadanya, lalu ditutup terus hatinya daripada menerima ajakan tauhid. Orang jenis ini tiada lagi peluang untuknya untuk dapat lagi menerima dakwah tauhid yang disampaikan, malah sentiasa menolak dan menentang. Orang jenis ini, hatinya telahpun mati, walaupun jasadnya masih bernyawa. Mereka ini adalah calon neraka, tunggu mati sahaja.


Maka, ayat yang sebutkan di atas adalah memperihalkan keadaan orang yang telah berada pada tahap ke-4 kesesatan begini. Semua panca indera yang ada pada mereka, telahpun ditutup oleh Allah daripada menerima ajakan tauhid, sudah tak boleh terima lagi kebenaran, walaupun semua derianya itu masih sihat dan dia sangat cerdik dalam hal ehwal dunia. Oleh yang demikian, memang pun wujud orang yang tinggi tahap keilmuannya,  malah ada PhD lagi, tapi tidak faham-faham bab asas dalam agama,  tak mampu beza tauhid vs syirik, sunnah vs bid'ah. Mereka ini mungkin sudah mencapai tahap kesesatan peringkat ke-4 ini. Nauzubillah!


Bagi kita yang memang disuruh Allah untuk menyampaikan dakwah tauhid, apakah kita patut berhenti bila berjumpa dengan orang yang mempunyai ciri-ciri Khatmul Qalbi ini? 


Jawabnya, TIDAK.


Kenapa pula tidak, sedangkan dalam ayat tu sebut, orang yg sudah sampai ke peringkat Khatmul Qalbi ini tak mungkin lagi beriman? Tak sia-siakah menyampaikan dakwah kepada mereka?


Jawabnya, kalaupun mad'u yang kita dakwah itu sudah mencapai tahap Khatmul Qalbi, dakwah kita itu tetap tidak akan sia-sia, bahkan ada manfaatnya kepada si penyampai dakwah.


Izinkan saya huraikannya secara berperingkat.


1. Hanya Allah yang tahu siapa yang sudah ditutup pintu hatinya (khatmul qalbi).  Kita semua tidak tahu, melainkan apa yang sudah disebutkan dalam wahyu. Maka, kita perlu berdakwah kepada siapa sahaja, kerana mana tahu, dengan usaha dakwah kita itu, akhirnya orang didakwahi itu akhirnya menerima hidayah, atas asbab usaha kita. Jika demikian, besar sungguh pahala yang kita dapat.


2. Walaupun seseorang itu secara jelas dan berkali-kali menentang dakwah yang kita sampaikan, kita tidak sepatutnya berputus-asa lalu menganggap dia sudah "tiada harapan" lagi. Mana tahu, dengan berkat kesabaran kita, dia akhirnya akan terima ajakan tauhid kita, akhirnya. Who knows?


Malahan, jika kita lihat catatan Sirah, ramai juga tokoh yang asalnya sangat memusuhi dakwah Nabi ﷺ, bahkan sampai ke tahap memerangi Nabi ﷺ dan cuba membunuh Baginda ﷺ. Bukan sekali, bahkan banyak kali. Bukan sekejap, tapi bertahun-tahun lamanya memerangi Nabi ﷺ. Antara tokoh yang dimaksudkan adalah Abu Sufian RA, Khalid alWalid RA dan Ikrimah bin Abu Jahal RA. Kesemua mereka akhirnya beriman dengan tulus, sehingga mendapat gelaran Radhiallau 'anhu ( RA - Allah redha ke atasnya), kerana mereka semua telah tergolong dalam kalangan sahabat Nabi ﷺ yang setia.


Begitulah, walaupun seseorang itu memperlihatkan ciri-ciri penentangan keras terhadap seruan dakwah, jika Allah belum cop hatinya sebagai Khatmul Qalbi, lambat-laun, dia berkemungkinan akan terima juga seruan tauhid. Jangan putus asa untuk mendakwahi mereka.


3. Walaupun orang yang kita dakwahi itu sudah sememangnya Allah telah chop hatinya sebagai Khatmul Qalbi (hakikat ini hanya Allah yang tahu - point no. 1 tadi),  kita tetap mendapat manfaat jika terus mendakwahi mereka. 


Apakah manfaatnya, kerana dia tetap tak akan beriman?


Manfaatnya adalah kepada si pendakwah itu secara khusus. Sebarang kesungguhan, kesusahan dan keperitan yang telah dilalui oleh pendakwah dalam usaha menyampai dakwahnya itu akan tetap mendapat berkat dan rahmat daripada Allah, kerana berusaha berdakwah, walaupun ditolak.  


Di sinilah guru saya ada memberikan satu perumpamaan,  "ibarat pisau (pendakwah) vs batu pengasah (penentang dakwah)". Sebagaimana pisau yang tumpul, kalau terus diasah (yakni diasak) oleh penentang dakwah, jika dia tetap bersabar atas jalan dakwah, insyaAllah, Allah akan memberkati usahanya itu. Malah, Allah akan meneguhkan lagi hatinya di atas jalan dakwah itu. Yang penting, jangan putus asa dan terus bersabar dan tetap istiqomah dalam menjalankan kerja dakwah.


Ingatlah, jalan dakwah ini tidak mudah. Malah penuh dengan mehnah. Tapi, inilah sebaik-baik usaha dalam kehidupan seorang Muslim, setelah jihad fi sabillah. 


Firman Allah, 


Surah Fussilat, Verse 33:

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ


Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"


Marilah kita tanamkan azam untuk mengamalkan maksud ayat ini, semoga kita tergolong dalam kalangan hamba Allah yang diredhaiNya


Tauhid Fid Doa

 

Ayat 14 Dakwa

Dakwa surah yang membawa maksud tauhid fi doa diulang pada ayat 60 dan 65.

14.

فَٱدْعُوا۟ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ ٱلْكَـٰفِرُونَ

Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya (dan menjauhi bawaan syirik), sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai (amalan kamu yang demikian).

 

Oleh itu hendaklah kamu berdoa kepada Allah سبحانه وتعالى sahaja dengan mengikhlaskan doa itu kepadaNya walaupun orang-orang yang ingkar tauhid tidak menyukai kamu mengikhlaskan doa kamu kepadaNya.

·          Makna ayat ini sama dengan makna وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ dalam surah Al Fatihah.

·          Huruf فَٱ dalam kalimah (فَٱدْعُوا۟) ialah Fa fasihah yakni ditakdirkan ada jumlah muqaddar oleh ulama tafsir membawa makna, setelah membaca ayat 1 hingga ayat 13 sebelum ini, maka berdoalah kepada Allah سبحانه وتعالى sahaja dengan mengikhlaskan berdoa kepadaNya sahaja walaupun dibenci oleh orang ingkar yang tidak suka tauhid dalam berdoa.

·          Orang kafir suka jika kamu mencampuradukan seruan kamu. Mereka hendak kamu seru Allah سبحانه وتعالى dan juga roh para wali, nabi, malaikat dan jin.

·          Kata (ٱلدِّينَ) dalam surah-surah berikut Al-Quran mempunyai makna yang berbeza:

a)       Jika di dahului (فَٱعْبُدِ) ia bermaksud ibadat (Surah Az-Zumar)

إِنَّآ أَنزَلْنَآ إِلَيْكَ ٱلْكِتَـٰبَ بِٱلْحَقِّ فَٱعْبُدِ ٱللَّهَ مُخْلِصًۭا لَّهُ ٱلدِّينَ

Sesungguhnya Kami menurunkan Al-Quran ini kepadamu (wahai Muhammad) dengan membawa kebenaran; oleh itu hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat dan bawaanmu kepadaNya. [Az Zumar 2]

b)      Jika di dahului (فَٱدْعُوا۟) ia bermaksud doa (Surah Mukmin / Ghafir)

فَٱدْعُوا۟ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ ٱلْكَـٰفِرُونَ

Oleh itu maka sembahlah kamu akan Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya (dan menjauhi bawaan syirik), sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai (amalan kamu yang demikian).[ Ghafir 14]

c)       Jika di dahului (يَوْمِ) ia bermaksud pembalasan (Surah Al Fatihah)

مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). [Al Fatihah 4]

Rabu, 24 Ogos 2022

Zikir pagi dan petang

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

دڠن برکة نام الله، يڠ مها ڤموره، لاݢي مها مڠاسيهاني.

الله تعالى برفرمن دالم القرءن.

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱذْكُرُوا۟ ٱللَّهَ ذِكْرًۭا كَثِيرًۭا ٤١

واهاي اورڠ٢ يڠ برايمان، ﴿اونتوق برشکور کڤد الله﴾ ايڠتله سرتا سبوتله نام الله دڠن ايڠتن سرتا سبوتن يڠ سباڽق-باڽقڽ;

وَسَبِّحُوهُ بُكْرَةًۭ وَأَصِيلًا ٤٢

دان برتسبيهله کامو کڤدڽ ڤد وقتو ڤاݢي دان ڤتڠ (سڤنجڠ ماس). ( سورة الاحزاب 41-42 )

دلم هاديث صحيح رسول اللە صلى الله عليه وسلم برسبدا يڠ ارتيڽ، “اکو دودوق برسام اورڠ٢ يڠ برذکير کڤد الله تعالى مولاٴي دري ﴿وقتو﴾ صلات صبح هيڠݢ تربيت ماتاهاري لبيه اکو چينتاي درڤد ممرديکاکن امڤت اورڠ بودق  يعني همبا دري ڤوترا نبي اسماعيل. دان دودوق برسام اورڠ٢ يڠ برذکير کڤد الله مولاٴي دري ﴿وقتو﴾ صلات اشار سمڤاي تربنم ماتاهاري لبيه اکو چينتاي درڤد ممرديکاکن امڤت اورڠ بودق.“ (هديث رواية ابو داود 3182).

سسوڠݢوهڽ کيتا دتونتوت اونتوق مڠيڠتي الله تعالى 24 جم. اورڠ موڠکين اکن برتاڽ، کالاو کيتا دکهنداکي اونتوق برذکير 24 جم، مان اد ماس اونتوق بکرجا، تيدور دان ملکسانکن اکتيۏيتي٢ لاءين؟ سسوڠݢوهڽ ذکير ايت داڤت دلکسانکن دالم تيݢ بنتوق: 

1. دکير قوليي يعني ذکير يڠ ڤاليڠ خوصوص ياءيت برکايتن سبوتن. اينله ذکير يڠ دفهمي اورڠ ياءيت مولوت مڽبوت سبحان الله يعني تسبيه، الحمد الله يعني تحميد الله اکبر يعني تکبير، لاإله إلا الله يعني تهليل، أستغفر الله يعني إستغفار، بردعاء سبلوم ممولاکن سسواتو ڤربواتن، ممباچ القرءن دان سباݢايڽ.

2. ذکير قلبي ياءيت ذکير دالم هاتي دڠن هاتي يڠ شنتيسا مڠيڠتي الله تعالى دالم اڤ٢ جوا کأداءن سام اد کتيک بکرجا، ممندو کندراءن، مليهت کجادين توهن، لبيه٢ لاݢي کتيک برعبادة اتاو صلات.

3. ذکير فعلي يعني ذکير ڤربواتن مليبتکن اڠݢوتا توبوه بادن يڠ منونجوقن ڤربواتن يڠ باءيق سڤرتي کاکي برجلن کمسجيد، تاڠن برصدقه اتاو منولوڠ اورڠ سوسه دان سباݢايڽ سمبيل مموجي الله تعالى يڠ تله ممودهکن کيت ملاکوکن ڤربواتن باءيق ايت. 

دڠن ايت، سلوروه 24 جم دالم کهيدوڤن کيت سهارين، کيت اکن سنتياس دالم کأداءن بردکير کڤد الله تعالى. بݢايمان ڤون ديسيني هاڽ دڽاتکن ذکير قولي ڤاݢي ڤتڠ دان سلڤس صلات سهاج.

 

Selasa, 17 Mac 2020

Koleksi Daurah Tafsir oleh Maulana Hadi.

Sementara ada masa 2 minggu ni.. Marilah isi masa dengan mendengar audio Rakaman Tafsir Al-Quran dan kuliah lain..

Ramai yang ingin mengenali Tuhan..

Al-Quran lah jawapan nya..

Baca sendiri mungkin kurang faham..

Dengar dari Kuliah supaya Allah berikan Taufiq & Hidayah kepada kita semua.. Aamiin.. 😊

Pilih yang diinginkan :-

Kuliah-Kuliah Al Fadhil Maulana Abdul Hadi bin Hj Ya'akub

Berikut adalah saluran applikasi TELEGRAM rakaman kuliah-kuliah yang di sampaikan oleh Al Fadhil Maulana  :

Daurah Tafsir Al Qur’an 2016 - Menyiarkan Rakaman Program Daurah Tafsir 30 Juzuk Al Qur'an yang di sampaikan oleh Al Fadhil Maulana di Pondok Darul Uloom, Desa Aman Laklok mulai 22 Mei hingga 1 Julai 2016. Juga dimuatkan disini rakaman pengisian program i’tikaf 10 malam akhir Ramadhan.

https://telegram.me/DaurahTafsir2016

Daurah Tafsir Al Qur'an 2017 - Menyiarkan Rakaman Program Daurah Tafsir 30 Juzuk Al Qur'an yang di sampaikan oleh Al Fadhil Maulana di Pondok Darul Uloom, Desa Aman Laklok mulai 12 Mei hingga Jun 2017. Juga dimuatkan disini rakaman pengisian program i’tikaf 10 malam akhir Ramadhan Syarah Kitab Sharul Sunnah oleh Imam Al Balghawi - Bab Berpegang kepada As Sunnah.

https://t.me/DaurahTafsir2017

Daurah Tafsir Al Qur'an 2018 - Menyiarkan Rakaman Daurah Talaqqi Tafsir 30 Juz Al Qur'an yang dibacakan oleh Al Fadhil Maulana Abdul Hadi bin Hj Ya'akub, Mudir Pondok Darul Uloom, Kg Laklok, Jertih, Terengganu.

https://t.me/DaurahTafsir2018

Daurah Tafsir Al Qur'an 2019 - Menyiarkan Rakaman Daurah Talaqqi Tafsir 30 Juz Al Qur'an yang dibacakan oleh Al Fadhil Maulana Abdul Hadi bin Hj Ya'akub, Mudir Pondok Darul Uloom, Kg Laklok, Jertih, Terengganu.

https://t.me/DaurahTafsir2019

Kuliah Tafsir (Putrajaya) Maulana Abdul Hadi bin Hj Ya'akub - Menyiarkan rakaman kuliah Tafsiran Al Qur'an yang di sampaikan di Surau Bangi Perdana, di MTMZA @ Masjid Besi, dan sekarang di Surau Putra Al Amin, Putrajaya.

https://telegram.me/KuliahTafsir

Kuiah Tafsir UMT - Menyiarkan Rakaman dan makluman Kuliah Talaqqi Tafsir Al Qur’an yang diadakan di Pusat Islam Sultan Mahmod Universiti Malaysia Terengganu (UMT)  yang diadakan setiap sabtu dua minggu sekali.

https://telegram.me/KuliahTafsirUMT

Kuliah Tafsir Sarawak Maulana Abdul Hadi Ya'akub - Kuliah Talaqqi Tafsir 30 Juzuk Al Qur'an oleh Al Fadhil Maulana Hj Abdul Hadi bin Ya'akob yang diadakan di beberapa tempat di Sarawak.

https://t.me/joinchat/AAAAAELHnYNuQlL3XIid_g

Kuliah Semasa Maulana Abdul Hadi bin Hj Ya'akub - Kuliah-kuliah semasa yang di sampaikan setiap minggu di masjid dan surau sekitar Besut dan Kota Bahru atau mana mana kuliah khas.

https://telegram.me/KuliahMaulanaAbdulHadiYaakob

Kuliah Umum Maulana Abdul Hadi - Menyiarkan rakaman terkumpul Kuliah-kuliah tafsiran Al Qur’an  yang disampaikan oleh Al Fadhil Maulana di Pondok Darul Uloom atau di Masjid dan surau sekitar Besut dan Kota Bharu. (Dikumpulkan dari Grup Kuliah Semasa)

https://telegram.me/MaulanaAbdulHadi

Hujjatullah Al Baalighah - Menyiarkan rakaman kuliah kitab ini yang disampaikan oleh Al fadhil Maulana di Pondok Darul Uloom dan di Surau Kg Huda.

https://telegram.me/HujjatullahAlBaalighah

Hayaatus Sohabah - Menyiarkan rakaman kuliah kitab ini (kisah para sahabat riduanullah hu taala) 

https://telegram.me/HayaatusSohabat

Muzakarah Kuliah Maulana Abdul Hadi -  Grup Muzakarah ini. Sebarang kemuskilan dari kuliah-kuliah yang disampaikan oleh Al Fadhil Maulana  boleh dikemukan ke Grup Chat ini : 

 -> https://t.me/joinchat/B6rtbD-h5WjSWO3UHdXvyA

Semoga semua mendapat manafaat dari rakaman-rakaman kuliah ini, sebarkan kebaikan.

Rabu, 22 Januari 2020

Larangan memberi hormat dengan cara berdiri

Larangan Memberi Hormat Dengan Cara Berdiri

Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam bersabda,

مَنْ أَََََََحَبَّ أَنْ يَتَمَثَّلَ النَّاسُ لَهُ قِيَامًا فَلْيَتَبَّوَأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ

“Barangsiapa suka dihormati manusia dengan perhormatan dalam bentuk berdiri, maka hendaklah dia bersiap sedia dengan tempat duduknya di Neraka.” (Hadis Riwayat Ahmad, hadis sahih)

Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata,

“Tidak seorang pun yang lebih dicintai oleh para sahabat daripada Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam. Tetapi, bila mereka melihat Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam (hadir), mereka tidak berdiri untuk beliau. Ini adalah kerana mereka mengetahui bahawa beliau membenci perkara tersebut.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, hadis sahih)

Yang dimaksudkan dengan berdiri di dalam hadis ini adalah berdiri dengan tujuan untuk mengagungkan seseorang. Iaitu dengan cara berdiri di (dari) tempat duduknya dan dia tidak berganjak dari tempat duduk asalnya. Iaitu sekadar berdiri sebagai tanda hormat.

Adapun berdiri dan bergegas (menuju kepada seseorang) dengan sebab untuk menyambut tetamu atau memberi pertolongan kepada orang yang hadir, maka itu tidak termasuk di dalam ancaman daripada hadis di atas.

Hadis di atas menunjukkan bahawa seseorang muslim yang suka dihormati dengan berdiri, ketika dia masuk ke sesuatu majlis, maka dia diancam dengan ancaman Neraka.

Ini adalah kerana para sahabat Rasulullah Radhiallaahu ‘anhu yang sangat mencintai Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam pun apabila mereka melihat Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam masuk ke dalam sesuatu majlis, mereka tidak berdiri untuk beliau. Kerana mereka mengetahui bahawa Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam tidak menyukai perkara tersebut.

Telah menjadi kebiasaan manusia untuk berdiri sebagai tanda penghormatan kepada manusia lainnya yang tertentu. Apatah lagi jika dia adalah seorang syaikh (tuan guru) masuk untuk membentangkan pengajian, atau untuk untuk tujuan tertentu. Juga jika seseorang pemimpin atau pembesar yang datang ke dalam sesuatu majlis, kebanyakan manusia akan bangun sebagai tanda penghormatan dan sebagai dasar memenuhi protokol-protokol tertentu. Sesiapa yang tidak mahu berdiri akan dikatakan sebagai tidak beradab, dan tidak menghormati orang lain dari tok gurunya atau para pemimpinnya.

Sewajarnya, seseorang guru atau pemimpin yang berilmu dan mengamalkan ilmuya perlu memberitahu permasalahan tersebut kepada masyarakat. Supaya dengan pemberitahuan tersebut masyarakat tidak akan melakukan perkara yang dibenci oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam berulang kali. Malah, apabila seseorang pemimpin atau tok guru mendiamkan perkara tersebut, ia adalah seakan-akan mereka juga turut bersetuju dengan cara penghormatan seperti itu ke atas dirinya, sedangkan Nabi membencinya.

Membiasakan berdiri untuk menghormati orang alim atau orang yang masuk ke dalam sesuatu majlis, akan melahirkan di hati keduanya kesenangan untuk dihormati dengan cara berdiri. Malah jika seseorang tidak berdiri, ia akan merasa gelisah. Mereka yang berdiri itu menjadi penolong syaitan apabila mereka menyenangi penghormatan dengan cara berdiri untuk orang yang hadir. Padahal Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam bersabda,

“Janganlah kamu menjadi penolong syaitan atas saudaramu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sebahagian dari mereka menyatakan, “kami berdiri kepada tok guru hanyalah sekadar bertujuan menghormati ilmunya.

Kita bertanya kembali kepada mereka, “Adakah kamu meragui keilmuan Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam dan adab para sahabat kepada beliau, walau pun demikian, mengapa mereka tetap tidak berdiri untuk Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam?”

Perlu kita fahami bahawa Islam tidak mengajarkan penghormatan dengan cara berdiri. Tetapi Islam mengajar dengan keta’atan dan mematuhi perintah, menyampaikan salam dan saling berjabat tangan.

Adakah makam seseorang tok guru dan pemimpin yang diberi penghormatan dengan berdiri itu lebih tinggi dari kedudukan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam?

Sering kita lihat dalam sesuatu sesi pertemuan atau majlis, jika orang kaya yang masuk, semua berdiri menghormati. Tetapi giliran orang miskin yang masuk, tidak seorang pun berdiri menghormatinya. Perlakuan tersebut akan menumbuhkan sifat dengki di hati orang miskin terhadap orang kaya dan para hadirin yang lain. Akhirnya di antara umat Islam wujud perasaan saling membenci yang merupakan sesuatu yang amat dilarang di dalam Islam. Musababnya, berdiri buat menghormati. Padahal orang miskin yang tidak dihormati dengan berdiri itu, boleh jadi di sisi Allah dia lebih mulia dari orang kaya yang dihormati dengan berdiri.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu.” (Al-Hujurat: 13)

Mungkin ada yang berkata, “Jika kita tidak berdiri untuk orang yang masuk ke dalam majlis, mungkin dalam hatinya terdetik sesuatu prasangka kepada kita yang duduk.”

Kita menjawab, “Kita menjelaskan kepada orang yang datang itu, bahawa kecintaan kita padanya terletak di hati. Dan kita meneladani Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Salam yang membenci berdiri sebagai tanda penghormatan. Juga meneladani para sahabat yang tidak berdiri untuk beliau. Dan kita tidak mengkehendaki orang yang datang itu masuk Neraka.”

Maka, dengan itu, janganlah kita zahirkan cara penghormatan yang boleh mengakibatkan mereka yang diberi penghormatan itu diancam dengan Neraka sebagaimana hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam,

“Barangsiapa suka dihormati manusia dengan perhormatan dalam bentuk berdiri, maka hendaklah dia bersiap sedia dengan tempat duduknya di Neraka.” (Hadis Riwayat Ahmad, hadis sahih)

Isnin, 13 Januari 2020

Membaca Al Quran Atas Kubur

HUKUM MEMBACA AL-QUR'AN DI KUBURAN

Oleh;
Ustadz Berik Said Bajrey Hafizhahullah

Sering kita dapati kaum muslimin yang sengaja membaca ayat Quran saat memasuki pekuburan atau di samping kuburan. Yang sering dibaca adalah Surat Yasin, Al-Ikhlash dan lain-lain.

Adakah ini dituntun oleh syari’at? Berikut kupasannya

Kuburan Itu Bukan Tempat Peribadatan

Ada beberapa hadits shahih yang di dalamnya memberikan gambaran bahwa kuburan itu bukan tempat peribadatan.

Berikut sebagian haditsnya,

Hadits pertama, dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu menceritakan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ

“Janganlah kalian menjadikan rumah kalian seperti kuburan.

إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِى تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ

Sesungguhnya syaithan berlari dari rumah yang dibacakan padanya surat Al-Baqarah." [HSR. Muslim no. 780 dan lain-lain]

Hadits di atas melarang menjadikan rumah seperti kuburan. Dan bahkan sambungan hadits di atas menggambarkan bahwa rumah yang didalamnya sepi dari membaca Al Quran disamakan seperti kuburan.

Ini tentunya karena kuburan bukan tempat membaca Al Quran.

Andai kuburan itu tempat membaca Al Quran tentu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam akan berkata: “Jadikanlah rumahmu seperti kuburan“.

Pemahaman semacam ini sebagaimana dikatakan oleh salah satu tokoh besar madzhab Syafi'i yakni Al Qodhii Al Baidhowi As Syafi'i rahimahullah yang saat menjelaskan makna penggalan pertama hadits di atas, yakni:

لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ

“Janganlah kalian menjadikan rumah kalian seperti kuburan."

Maka beliau menjelaskan:

أي: لا تجعلوا بيوتكم كالمقابر خالية عن الذكر والطاعة , واجعلوا لها نصيبا من القراءة والصلاة.

“Maksudnya adalah janganlah kalian menjadikan rumah kalian seperti kuburan, yang begitu sepi dari dzikir dan ketaatan, bahkan semestinya pada rumah kalian berilah porsi untuk peribadatan dari membaca Al Quran dan shalat." (Tuhfatul Abroor Syarah Mashoobihus Sunnah I:522)

Hadits kedua, bukan hanya sekali saja Nabi memberikan penjelasan yang menunjukkan bahwa kuburan bukan tempat peribadatan dan tidak boleh dijadikan sebagai tempat peribadatan.

Jika hadits di atas dicontohkan dengan pembacaan ayat Quran khususnya surat Al Baqarah, maka sekarang lihat hadits berikut:

Dari Ibnu ‘Umar radhiallahu ‘anhuma menceritakan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

اجْعَلُوا فِي بُيُوتِكُمْ مِنْ صَلاَتِكُمْ وَلاَ تَتَّخِذُوهَا قُبُورًا

“Jadikanlah rumah kalian sebagai tempat shalat kalian dan jangan jadikan rumahmu seperti kuburan." [HSR. Al Bukhari no. 432, Muslim no. 777, Abu Dawud no. 1043 dan lain-lain]

Hadits di atas berisi anjuran agar rumah kita diberi bagian shalat, yakni khususnya shalat sunnah dan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam menyebut rumah yang didalamnya tak pernah ada orang yang shalat disamakan dengan kuburan.

Lagi-lagi ini menunjukkan bahwa kuburan bukan tempat shalat, bukan tempat peribadatan.

Seandainya kuburan itu tempat shalat atau peribadatan lainnya maka tentu Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam akan mengatakan "jadikan rumahmu seperti kuburan yang didalamnya ditegakkan shalat. Tapi nyatanya tidak !

Bahkan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang hal itu.

Maka atas dasar hadits di atas, Imam Bukhari rahimahullah membuat judul dalam Kitab Shahihnya:

بَابُ كَرَاهِيَةِ الصَّلاَةِ فِي المَقَابِرِ

“Bab: Dibencinya seseorang shalat di kuburan."[Shahih Bukhari I:94]

Bahkan seorang pakar haduts paling ternama dari madzhab Syafi'i, yakni Ibnul Hajar rahimahullah saat menjelaskan hadits di atas berkata:

وقد نقل بن المنذر عن أكثر أهل العلم إنهم استدلوا بهذا الحديث على

"Ibnul Munzhir rahimahullah telah menukilkan dari mayoritas ulama bahwa dengan berlandaskan hadits (di atas) ini maka mayoritas ulama menetapkan

أن المقبرة ليست بموضع الصلاة

“Bahwa, kuburan itu bukan merupakan tempat shalat."

وكذا قال البغوي في شرح السنة والخطابي …

Hal yang sama juga dinyatakan oleh Al Baghawi rahimahullah dalam Syarhus Sunnah dan Al Khathobi rahimahullah….” (Fathul Baari Syarh Shahih Bukhari I:529)

Lagi-lagi ini menunjukkan pada dasarnya kuburan memang bukan tempat peribadatan semisal shalat, mengaji, berdzikir dan sebagainya.

Hal ini sebagaimana dikatakan oleh Al Khurosyi Al Maliki rahimahullah yang pernah berkata:

أَنَّ الْقِرَاءَةَ لَيْسَتْ أَيْضًا مَشْرُوعَةً بَعْدَ الْمَوْتِ وَلَا عِنْدَ الْقَبْرِ ؛

“Sesungguhnya membaca Al Quran termasuk perkara yang tidak disyari'atkan baik setelah kematian maupun (dibaca) di pekuburan.

لِأَنَّهُ لَيْسَ مِنْ عَمَلِ السَّلَفِ .

Karena hal tersebut bukanlah amalan para salaf."(Syarah Mukhtashur Koalil lil Khurosyi V:464)

Fatwa Ulama 4 Madzhab Tentang Membaca Ayat Al Quran Di Kuburan Atau Membaca Ayat Quran Dengan Berniat Menghadiahkan Bacaan Quran Tersebut Untuk Orang Yang Telah Mati Baik Dirumah Apalagi Di Kuburan

• Pertama, Madzhab Hanafi

Berkata Mulla ‘Ali Al Qori rahimahullah mengatakan:

القراءة عند القبور مكروهة عند أبي حنيفة ومالك وأحمد رحمهم الله في رواية

“Membaca Al Quran di pekuburan itu dibenci menurut Abu Hanifah, Malik dan salah satu pendapat yang datang dari Imam Ahmad rahimahullah

لأنه مُحدَث لم ترد به السنة.

Karena hal itu termasuk perbuatan muhdats/bid'ah, tak memiliki sumber dari sunnah." (Syarah Fiqhul Akbar hal.115)

• Kedua, Madzhab Maliki

Berkata Syaikh Ad Dardiir rahimahullah:

وكره قراءة شيئ من القرآن عند الموت وبعده على القبور

“Dan dibenci membaca ayat Quran apapun, di sisi orang yang telah mati dan setelah (yang dibaca -pent) di pekuburan.

لأنه ليس من عمل السلف

Hal ini dikarenakan (membaca Al Quran di sisi orang yang telah mati atau di pekuburan -pent) bukan amalan para salaf.

وإنما كان من شأنهم الدعاء بالمغفرة والرحمة والإتعاظ

Dan perkara penting (yang seharusnya dilakukan di pekiburan -pent) mendo'akan untuk mereka (mayat) berupa ampunan dan rahmat dan mengambil pelajaran (dengan mengingat kematian dan bukannya membaca Al Quran di sana -pent)." (As Syarhus Shoghir I:180)

• Ketiga, Madzhab Syafi'i

Berkata Imam Nawawi rahimahullah:

وَأَمَّا قِرَاءَة الْقُرْآن فَالْمَشْهُور مِنْ مَذْهَب الشَّافِعِيّ أَنَّهُ لَا يَصِلُ ثَوَابُهَا إِلَى الْمَيِّت

"Adapun bacaan Al Quran (untuk mayat), maka menurut pendapat yang masyhur dari Imam Syafi'i rahimahullah bahwa hal itu tak akan sampai pahalanya kepada mayit."

وَقَالَ بَعْض أَصْحَابه : يَصِل ثَوَابهَا إِلَى الْمَيِّت .

Namun sebagain ulama Syafi'iyyah lainnya mengatakan, sampai pahalanya kepada mayit."(Syarah Shahih Muslim I:87)

Sehubungan cukup kacaunya pendapat di kalangan khusunya Madzhab Syafi’i dalam masalah menghadiahkan bacaan Quran untuk mayit, maka terjadi semacam "kekontradiktifan" dalam menetapkan hukum membaca ayat Quran di kuburan

Karena kalau ditetapkan membaca ayat Quran dengan niat menghadiahkan pahalanya untuk mayit adalah tidak akan sampai, sebagaiamana ini adalah pendapat paling masyhur dari Imam Syafi'i rahimahullah sendiri, maka bagaimanakah lagi jika membacanya di kuburan itu secara umum bukan tempat peribadatan, sebagaimana telah kami paparkan di awal pembahasan.

Semoga satu waktu ana punya waktu luang menelaah ini khususnya dari kalangan ulama Syafi’iyyah rahimahumullah

• Keempat, Madzhab Hambali

قال الإمام أحمد لمن رآه يقرأ على القبر:

Imam Ahmad rahimahullah menjawab pertanyaan yang diajukan kepadanya tentang (hukum pent) orang yang membaca Al Quran di kuburan (maka beliau menjawab):

"يا هذا إن قراءة القرآن على القبر بدعة".

“Hai fulan, sesungguhnya kembaca Al Quran di pekuburan adalah bid'ah." (Lihat : Hukmu Qiroo’ah ‘alal Amwaat, karya al Huwaamidi rahimahullah hal.21)

Catatan Tambahan
Adapun ada banyak hadits yang berisi keutamaan membaca surat tertentu di pekuburan seperti surat Yasin, Al Ikhlas, Thaha dan sebagainya maka seluruhnya adalah lemah, bahkan sampai level palsu.

Semoga ke depan ana punya waktu insya Allah merinci hal itu dalam tulisan tersendiri …

Kesimpulan
Membaca ayat Quran atau surat apapun di pekuburan surat adalah bid'ah.

Adapun yang disunnahkan saat memasuki pekuburan adalah seperti mengucapkan salam untuk penghuni kubur, berdo'a ampunan dan rahmat bagi mereka yang mati dalam keadaan islam dan mengingat akan kematian.

Walhamdu lillaahi rabbil ‘aalamiin, wa shallallahu ‘alaa Muhammadin ..

Via Fb ;
Clarissa Prayoga

Repost Fp Ittiba'Rasulullah

Silahkan dishare
Barakallahu Fiikum

KHATMUL QALBI: PISAU VS BATU PENGASAH

 بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ KHATMUL QALBI: PISAU VS BATU PENGASAH Kali ini mari kita bersama tadabbur ayat berikut: Surah Al-Ba...